Wuargh!!!!!!Hmmm,dah dekat berbulan-bulan jgk aku tak jenguk 'diari' virtual aku ni.Kik3.Tp bila difikir-fikir balik bagus jgk bila aku jarang menulis kat blog ni sbb bila dh hari2 tulis mulalah nk melalut sampai tulis benda yg bukan2.Nnti muak plk follower @ org yg baca blog aku nnti.
Apapon,pada mlm yg penuh syahdu diiringi detik jam yg berdetik tanpa jemu aku akan cuba jgk untuk menulis sesuatu pada blog aku yg kini berwajah baru.Hehehe
Aku ingin mengulas sikit la pasal bajet yg dengan jayanya telah dibentangkan pada Jumaat oleh tidak laen dan tidak bukan Perdana Menteri 'Kesayangan' rakyat Negara Malaysia,Datuk Seri Najib Satu Malaysia.kik3.Aku tk ingin mengulas dengan panjang lebar sbb aku ni bukan penganalisis ekonomi yg bertauliah.Al-maklumlah,Math masa Form 5 pon asyik kantoi jew.kik3.Overall,aku lihat bajet kali ni macam dulu2 lebih mementingkan golongan2 tertentu contohnya golongan kampung dan golongan korporat lg keparat.Seperti biasa kalau dilihat dengan lebih mendalam,golongan penjawat awam seolah-olah semakin di anak tirikan atas alasan2 yg tidak diketahui hujung pangkalnya.Bg bajet tersebut golongan penjawat awam hanya memperoleh wang saguhati RM 500,itu pon untuk persediaan kemasukan anak2 ke sesi persekolahan 2011 nnti.Tiada kejutan bonus yg diuar-uarkan oleh pihak2 tertentu yg kononnya,PM kita yg ter'sayang' ni akan memberi bonus 2 bulan gaji la,RM 1000 la malah ada yg boleh dikatakan paling tak masuk akal BONUS 5 BULAN GAJI!!!!!!!!Wuah3,bila difikir-fikir balik kaya betul negara Malaysia ni yek sampai nk bg bonus 5 bulan gaji tue.kik3.Pd pandangan saya,selaku bakal Perdana Menteri Malaysia yg ke 10,bajet ini perlu diperhalusi lagi dengan memberikan lebih keistimewaan kpd golongan penjawat awam yg selama ini berkhidmat dgn penuh ikhlas untuk kerajaan.Pandangan saya ini saya berani jamin pasti akan disokong oleh semua kakiktangan kerajaan diseluruh negara.Hal ini kerana,dengan keadaan dunia skrg yg semakin mencengkam,semua benda memerlukan duit,maka benda2 macam ni perlu lebih dititik beratkan oleh pihak kerajaan.Cuba fikir,siapa yg menyokong kerajaan selama ni kalu tk penjawat awam????Aduh,benda macam tu pon perlu orang sedarkan jgk kew????Kan,kabinet kita terdiri drpd golongan bijak pandai tkkan benda mcm ni pon tk boleh fikir kowt.Huah3.Ekoran ramai yg merungut pasal ketiadaan bonus pada pembentangan bajet pada kali ini,maka PM kita pon mengulas dgn memberi alasan bahawa kerajaan bakal mengalami kerugian sebanyak 31 billion jika bonus 1 bulan gaji ttp jg diberi kpd kakitangan awam pada pembentangan bajet kali ni.Kpd DaTOK Najib,adakah dengan memberi bonus kpd kakitangan kerajaan yg memberikan keuntungan berlipat-lipat ganda kpd pihak tuan,itu dipanggil kerugian.???Yg peliknya,gaji polis boleh plk naik tiap2 tahun.Sedangkan produktiviti lebih teruk drpd JKK kampung.Kes Nurin,Kes Sharlinie di mana penyelesaiannya????Apa pon,satu jew pesan saya LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!!!!Kik3
Hmmmm,cinta satu perasaan yang secara 'natural' akan wujud dalam diri setiap makhluk Allah especially manusia.Mmg menjadi perkara lahiriah bagi setiap manusia untuk mencintai dan dicintai,i love Allah,i love Rasulullah,i love my family and so on so forth.
Perkara yang ingin saya sentuh di sini,bagaimana cinta yang suci ini sering disalah ertikan oleh setiap golongan manusia tak kira dia tue setinggi mana pon pangkat dia dalam masyarakat ini.Ramai yang kata,remaja tak boleh bercinta sbb nnti boleh mengundang zina,remaja tak boleh bercinta nnti pelajaran terganggu,remaja tak boleh bercinta sbb masa depan masih terlalu jauh dan banyak lagi alasan lain yang dikemukakan oleh pihak2 yang tak faham apa erti cinta tue sebenarnya.
Mmg kekadang bila pikir2 balik tak salah apa yang sesetengah orang fikirkan tue.Mereka cakap sumer tue sbb mereka sayang dan cinta akan kita.Betul tak???Kik3.OK,berbalik pada tajuk yang ingin aku kupaskan pada mlm ni,apa itu cinta????Cinta pada perspektif aku ialah satu perasaan normal yang ada pada setiap manusia normal yang bermaksud menyayangi sesuatu dengan satu perasaan yang sayang yang luar biasa.Maksud aku di sini,cinta adalah superlative bagi perasaan sayang.
Cinta bukan sekadar di bibir tetapi perlu ditunjukkan dengan perbuatan.Perbuatan di sini bukan SEKS ye!!!!!!!Harap maklum.Kenapa semakin banyak berlaku kes buang anak,mengandung anak luar nikah,dan yang sewaktu dengannya adalah mereka ni tak faham atau lebuh kasar lagi jahil tentang maksud cinta yang hakiki.Kita sering di'suap'kan dengan dakyah yang disebarkan oleh media2 barat yang sering memberi takrif sendiri iaitu cinta= seks atau lebih mudah, di mana ada cinta di situ ada seks. Perspektif ini menjadi 'virus' bagi kesucian sesebuah cinta,maka semua orang sering menjauhi cinta utk mengelakkan perkara tersebut.
Cinta seperti yang saya katakan tadi, adalah superlative bg perasaan sayang.Cinta bukan bermaksud seseorang gadis perlu menyerahkan tubuh mereka kpd lelaki manakala lelaki perlu melabur semua wang mereka untuk insan yang mereka cintai.Cinta bagi aku ialah sekadar berkongsi perasaan sayang dan saling mengharapkan yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak.Cinta itu indah dan suci maka ia perlu diletakkan pada tempat yang paling suci dalam diri kita,iaitu hati.Cinta juga perlu diberi pada insan yang sesuai iaitu seseorang yang mencintai dirimu kerana Allah dan bukan dengan sebab2 lain.Cinta hanya boleh diluahkan apabila mendapat kekuatan kerana cinta itu hebat dan ia mampu meruntuhkan segunung iman tetapi ia juga boleh menjadi selautan kejayaan.
Cinta tak semestinya hanya perlu diberikan kepada insan yang ber'gender' wanita sahaja tetapi ia bersifat universal.Seperti contoh,aku cintakan Allah dan RasulNya kerana Allah adalah matlamat aku sepanjang aku hidup atas muka bumi yang bersifat sementara ini,manakala aku menyintai Rasullulah sbb baginda mengajarku bagaimana caranya utk aku mencapai matlamat tersebut.Aku juga turut cinta pada ibu,ayah,adik dan semua yang muncul dalam hidupku dan memberikan sejuta keceriaan dan mengajarku erti hidup yang sebenar.Pokoknya,cinta tak semestinya berlaku pada seorang lelaki dengan seorang wanita yang bukan muhrim.
Aku juga tak terlepas dari memiliki perasaan cinta.Aku jg ingin mencintai dan dicintai kerana perasaan cinta ini sangat suci dan aku bertuah untuk memiliki perasaan ini.Alhamdulillah.......Tapi hidup tak semestinya terlalu indah.Kadang2 ribut akan melanda jua,begitu jg dgn aku.Kisah cinta aku sentiasa berakhir dengan kegagalan malah ada sesetengahnya permulaannya sudah mati sebelum ia sempat berputik.Tapi apa kudratku utk menolak perasaan cinta ini dari terus mekar dalam hati yang hina ini.Sob3.Apapon,kini aku sudah jatuh cinta lagi tetapi aku rasa penamatnya jg sama spt kisah2 cinta fantasi aku yang lain iaitu keGAGALan.Aduhhhh,Ya Allah,Aku harap kali ini cinta ku pada salah seorang hambamu tidak bertemu kegagalan lagi.Hiasilah kisah cinta ku kali ini dengan kemanisan dan akhirilah kisah cinta ku ini dengan sebuah perkahwinan yang disulami takwa dan iman padaMu,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Aminnnnnnn...............................................................
Blog ini sy cipta untuk meluahkan segala perasaan saya,segala ketidak puasan hati saya dan segala apa yg berlaku dalam hidup saya kerana prinsip saya hidup ini perlu berkongsi.