Wednesday, December 21, 2011

Bukan marah cuma luahan hati jew...........

Hurm, masa berlalu semakin pantas. Tik tok, tik tok dah nk habis satu sem aku kat UUM ni. Ok,satu sem kat Malaysia ni 4 bulan saja yek and not 6 months that people always thinking to. 4 bulan mmg sekejap, bukan lama sgt pown. Dn final pown semakin menjelang tiba, satu habuk pown aku tk baca lagi. Arrgggh,stress bila memikirkannya.

Ok,lah post aku kali ni bukannya nk bercakap tentang final exam tp pasal benda lain. Pasal final exam, maybe aku post utk edisi lain kali saja lah. Truthfully, hari ni aku nk post pasal segala apa yg berlaku sepanjang aku berada di UUM ni. Kepada semua pro-UUM yg terbaca atau membaca post aku kali ni, don't worry babe aku tkkan kutuk pasal universiti kesayangan korang ni. Bukan apa, aku dh penat ngutuk tempat ni. Buat rugi jew. Hurm,dh bnyk dh aku melalut ni. Oklah,straight to the point. Post aku kali ni adalah berkisarkan kepada perangai manusia2 yg menuntut di Universiti ni.

Pertamanya, aku akan cerita pasal perangai jiran sebelah katil aku. Namanya sebenar tk boleh disebut di sini, tp cukuplah aku menamakannya Ba. Pada hari pertama, aku jumpa si Ba ni, aku dapt instinct yg dia ni oklah. Tk bnyk cakap,dn pembersih sikit lah orangnya. Anggapan aku pada mulanya, roommate aku kt sini tkda masalah. So, tenang la sikit hati aku.  Pada pertemuan seterusnya, dia belum lagi menujukkan taringnya yg sebenar. Ok pada kali ni, dia ada mintak permission aku utk pasang lagu. Aku akui pada masa tue aku ada bg permission utk dia pasang apa2 lagu yg dia sukai. Masa tue volume lagu yg dipasangnya, tklah kuat sangat dn bg aku setakat guna speaker laptop setakat mana sangatlah kuatnya. Malangnya, start pada hari itulah penderitaan aku ini bermula. Entah macam mana, aku tk sedar yg dia ada speaker bapak punya besar cam cpu laptop kat dalam bilik tue. Mulai saat itulah, boleh dikatakan setiap hari aku kena tahan telinga dengar lagu yg volume tahap giga. Kalu lagu Taylor Swift bolehlah aku layan, tapi ini lagu entah apa2 ntah. Dhlah lagu Melayu, eeee nk berbulu telinga ni. Itu baru problem pertama......tk masuk lagi problem yg kedua. Problem kedua, roommate aku ni ialah jenis yg tk suka privacy nya diganggu tp dia suka ganggu privacy org laen. Peristiwa ini baru saja berlaku pada aku, so cerita ni masih panas lagi la. Pada hari Selasa yakni semalam la, aku terbangun awal sbb aku belom solat isyak lg. Masa tue jam sudah pukul 4 .30 pagi la kowt. Lepas sembahyang isyak, aku wat la assignment ko-k aku. Pagi esok aku nk kena hantar natang tue. Sambil taip2 assignment aku tue, aku pasanglah lagu. Bunyi tklah kuat sangat, setakat volume berbelas-belas jew, itu pown guna speaker laptop. Aku taw bukan semua org suka dengar lagu Taylor kesayangan aku so volume yg aku tetapkan tue mmg ngam2 utk aku dengar jew. Lepas tue, azan subuh pown berkumandang dn aku pown terusla ambik wuduk dn solat.Pada masa tue, akua da nmpk dia macam gelisah jew atas katil seolah-olah tindakan aku keluar bilik tue macam menganggu ketenteraman tido dia la. Then, entah cm mana dalam pukul 6 lebih dn nk dekat pukul 7 ibu pulak mesej. Memang kuat la mesej alert aku, sampai aku pown terkejut jgk la. Aku terus cepat2 tutup alert tue, takut ganggu roommate aku la. Tp tk semena-mena, roommate aku tue tiba2 dlm nada cm sedikit tk puas hati sound aku. Dia kata, lain kali jgn buat lagi perkara tue( bunyi mesej2 kuat), sebab dia terasa. Dalam hati aku ,aduhhhh. Perkara yg sikit cmtue, pon ko dh nk terasa. Dia ingat bunyi mesej aku yg kuat tue seolah-olah sindir dia supaya bangun dn sembahyang subuh. Aku terus terkedu, pada masa tue. Hilang semua mood aku nk wat assignment. Eh, kalu aku nk suruh org masuk syurga sekali pown, tkda masa aku nk drag ko skali la. Tkda keje aku nk suruh ko masuk syurga skali ngan aku. Piraaaaaaahhhhhhhhhhhhh.......Aku baru terdetik, perasaan ko jew yg ko pikir habis perasaan aku ni ko pernah tk consider??Depan senior2 yg lain boleh dia tk ngaku yg aku ni roommate dia. Hina sgt kew aku ni sampai aku ni ko tk iktiraf sbg roommate ko. Itu bukan lagi kkes kat dinner BSN tempoh hari. Sedap2 jew ko ambik semua gambar budak2 BSN lain tp time ko nk snap gambar kawan2 yg duduk SEBELAH aku, boleh ko alih kamera tempat lain. Kwan2 aku gelak2 jew kt aku. Hina sgt kew muka aku. ok,aku bukan sentap sbb ko tk ambik gambar aku. Eh, sorry la. Bukan taraf muka aku la, nk masuk album BSN. Tp sekurang-kurangnya, jagalah perasaan aku. Cuba korang bayangkan apabila lensa kamera dh fokus kat area ko berada tp bila detect yg ko ada kt sebelah gambar yg ko fokus tue terus ko blah ambik gambar org lain. Mcm sial tk.....Ini tk kira lagi peristiwa yg aku kena kunci slps ambik wuduk kt tandas sblh. Tp selepas semua yg terjadi ni, aku masih lg senyap jew. Org mudah saja judge situasi aku. Kondem aku yg problem dlam masalah ni. Eh, cuba korang duduk dalam situasi aku. Aku nk tahu brapa jam hari korang boleh tahan.....Aku yakin tk sampai seminggu korang dh pindah masuk bilik org lain.

Ok, itu pasal roommate aku. Ini plk pasal kawan sekelas aku yg skrg tgh sentap kat aku. Aku tk tahu reason sebenar dia sentap kat aku, tp yg aku tahu dia mmg terasa giler ngan aku. Nama tk boleh disebut di sini, cukuplah aku gelarkan dia Z.Mengikut pemahaman aku la, kawan aku ni sentap sbb aku hantar assignment komputer pada hari Selasa sedangkan sebelum ni aku ada bgtaw kt dia yg aku nk hantar hari Rabu. Eh,perkara kecik cmni pown nk sentap. Come on la....Sedap2 dia tuduh aku lupa member la seolah-olah aku ni pentingkan diri sendiri. Aduuhhh,ni pown satu hal.Aku ngaku yg aku ada cakap yg aku nk hantar assignment individu aku pada hari Rabu sbb copy yg aku harapkan dripada kawan aku tue tk sampai lg kt tangan aku. Tp entah cmner, pd hari Selasa tue kawan aku bawak copy tue dn aku pown apa lg edit siki2 dn teros la hantar. Pada pendapat aku, wat apa nk tangguh lagi. Tp kawan aku ni sentap plk.Eh, aku nk tanya ni ada kew aku suruh ko antar assignment tue skali ngan aku.Hurm tkda kan????Jd, wat apa ko nk sentap ngan aku. Pada aku, mmglah aku nk antar lewat assignment tue tp aku tk pernah drag orang lain supaya antar lambat skali ngan aku. Pada aku, kalu nk kena tindakan biar aku sorang jew yg kena sbb aku yg bermasalah. Aku paling pantang drag org lain utk dihukum  atas kesalahan yg aku lakukan. Kawan aku yg satu ni yg aku panggil dia N, bila aku ceritakan situasi aku ni sedap2 jew dia kata yang both of us keras kepala. Utk pengetahuan si N ni, kalu aku keras kepala aku tk dtg bilik si Z semalam. Dalam bilik tue, aku ni ibarat tunggul langsung tidak dipedulikan. Siap aku seolah-olah dihalau lagi dri bilik tue. Tp aku tetap jgk dok dlm bilik tue, sbb aku masih lagi pikir perasaan marah dia kat aku tue mungkin sekejap jew. Tk lama lg, sejuk la tue. Hurm, tanggapan aku tue jauh tersasar, ntah ada dlm setengah jam jgk aku dlam bilik tue tp dia masih jgk dingin kt aku. Aku tros blah lpas tue, tp bukan sbb aku keras kepala tp sbb aku kena jaga jg maruah aku. Selepas beberapa kali, disuruh balik tkkan aku nk stay jgk. Maruah aku ni bukan bahan mainan. Utk si N ni jgk, kalu diikutkan keras kepala aku ni, dh lama aku sentap ngan both of them. Boleh dikatakan setiap kali aku masuk bilik si Z, aku mesti kena kutuk ngan si N ngan Z ni. Papan lapes la, kurus la, tk hensem la itu tk termasuk lagi kutuk sekolah ngan negeri Kelantan. Mmglah sekali dua aku boleh consider gurauan tp kalu dh berkali-kali boleh panas jgk hati ni. Tp aku ni jaga hati kawan, aku tutup kepanasan hati aku ni dgn gelak dn senyuman. Diorang sedap jew kutuk aku kurus tp diorang ada tnya kenapa aku kurus? Diorang taw tk yg aku pernah makan nasi putih ngan kicap jew sbb bapak aku tkda duit. Diorang pernah tk balik rumah jalan kaki berkilo meter dri sekolah sbb duit yg sepatutnya digunakan utk tambang bas cukup2 jew utk belanja utk hari esok. Kat rumah aku, peti sejuk tue boleh jd tempat labah2 bersarang dh. Sehari dua jew berisi, kalu tk mmg kosong la peti ais tue. Diorang pernah alami tk keperitan hidup yg aku rasa selama ni. Tk pernah kan??? Si Z ni  plk sedap jew kutuk Kelantan ngan sekolah aku, tp aku nk tnya pernah tk aku kutuk negeri hitam putih ngan sekolah dia? Kutuk2 aku ni tk hensem, demand besar,sampai kan pernah sindir aku tgk cermin dulu la muka sbelum ada niat nk pompuan yg lawa.Ya, aku akui muka aku ni buruk, nampak tua sampai kena kutuk security guard sbb aku pakai jaket keje bapak aku. Mmg muka aku ni tk hensem mcm korang la( walaupon pd hakikatnya lebih kurang jew ngan tahap muka aku) , tapi semangat persahabatan aku ni tinggi. Aku bukan membangga diri tp Abng Nizam pernah cakap kat aku yg aku ni mmg baik sgt sampai org boleh pijak atas kepala aku. Aku akui aku ni lembut sikit.Tenang dalam berkawan. Korang kutuk2 aku ni security guard sbb jaket bapak aku mcm baju jaga tp korang kena ingat dengan hasil kerja bapak aku ngan pakai jaket tue lah, aku boleh berjaya walau sekrang aku dok kt UUM jew. Pasal negeri plk, jgn bngga sgt la dengan negeri dgn parti yg ko sokong tue. Mmglah aku akui aku bukan anak Kelantan tp bapak aku org Kelantan so bila ko kutuk2 org Kelantan aku secara tidak lgsung akan terasa.Kepada si Z ni,kalu ko kata aku lupa member ko kena pikir balik pernah kew aku lupa ko sebelom ni. Kalu nk pergi klas mesti aku ketok dulu pintu ko. Setiap hari aku wat cmtue, bukan apa takut ko ni terlupa kew, tk bngun tido lg kew. Kadang2 aku sanggup tunggu ko bersiap punya lama, utk bersaing sekali utk ke klas. Pd aku kalu lambat pon biarlah bersama. Benda2 lain aku malas nk cakap lg, ko pikirlah sendiri. Oh, ya pasal profile facebook yg aku wat menggunakan nama yg ko banggakan sgt tue. Utk pengetahuan ko, tk terlintas pown hati aku nk guna akaun tue utk kacau Si T tue. Lagipon aku sedar, tkda gunanya aku nk usha awek2 ni. Muka aku bukan hensem sgt, hidup miskin, bodoh, tk dapat JPA. Semua kekurangan yg ada atas muka bumi ni semua ada pada aku. Aku ni loser, korang jew la yg superior.

Akhir kata, kpd semua yg terasa dgn luahan aku kt atas tue, aku mintak maaf bnyk2. Aku bukan sengaja nk malukan korang tp kesabaran aku ni pon ada limit dia. Thus, faham2 sendiri la. Aku tknk cakap bnyk2, marah2, emo sampai jumpa pown tk tegur. Aku bukan jenis yg cmtue. Kpd yg tk baca post ni utk suka2, cubalah selami apa yg pernah aku alami ni. Cuba berada di tempat aku. Berapa lama korang boleh tahan......................Setahun?Sebulan?