MALAYSIA-Salam Ramadhan kpd semua.Moganya Ramadhan tahun ini lebih baik drpd Ramadhan yg kita tempuhi pada edisi lalu.Pejam celik-pejam celik sekarang aku dh berada di bulan 8.Tk sampai sebulan lg aku akan mengecapi hidop sebagai seorang mahasiswa tahun pertama.Perasaan di jiwa ini dh bercampur-gaul dh skrg ni.Kengkadang rasa teruja but in the mean time aku rasa cam cuak jgk.Biasala,nk tempuh satu fasa yg baru dlm hidop kita.So,perasaan cmtue adalah normal.
Cinta merupakan salah satu fitrah yg Allah campakkan dlm diri setiap manusia.Setiap manusia tidak terkecuali aku ada perasaan mahu disayangi oleh seseorang dn menyayangi seseorang.Yg bezanya adalah cara seseorang mengawal perasaan terbabit.Aku akui aku bukannya pandai sangat dlm bab kawal-mengawal ni.Buktinya sepanjang 19 tahun aku bernafas ni,rasanya dh dekat 10 org jgk pompuan yg masuk dlm 'crush' list aku.Hahahaha.Banyak kan?Yg pathetic nya tkda sorang pown dlm 'crush' list aku tue yg sukakan aku.Sob3.Biasala,cinta ni tk boleh dipaksa.Lgpon,aku ni bukan jenis yg penagih cinta wanita.Yalah,bodoh rasanya bila mengejar cinta ni.Tk berbaloi pown,lebih baik gi kejar obor2 ngan Spongebob. Mak aku pown pernah cakap kat aku,"Kalu setakat muka cm ko tue plus pointer belajar pon ala kadar jew.Tkda masanya pompuan nk tergila-gilakan ko."Pedih kan ayat mak aku tue?Tp biasala,jenis aku ni selagi tk dengar ayat2 pedih ni,tkda maknanya aku ni nk berubah.
Bukan tk boleh nk menyimpan perasaan ni.Bg aku la sbg seorang student,cinta ni mmg antara elemen penting jgk lah.Kenapa aku ckp penting?Ok,jom back to the past...........
Time tingkatan 1 dulu,aku ni mmg minat giler ngan sorang jiran aku ni.Bg aku masa tue,dia la pompuan paling cun pernah aku temui.(Hmmm,cinta itu membuatkan kita buta pada keadaan sekeliling)Boleh dikatakan tiap2 hari aku skodeng dia.Tyme tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dulu,aku dok kat umah flat nenek aku.Aku tingkat 2,manakala org yg aku crush dulu berada di tingkat 1.Rumah kitorang bertentangan so tiap2 hari nmpakla dia keluar masuk umah.Punyalah,aku mabuk cinta masa tue.Boleh dikatakan setiap hari aku tk miss tgk muka dia.Hahaha.Mak aku mmg perasan pasal perubahan yg terjadi pd diriku ni.Yg paling tkleh blah,mak aku ni pergi sound aku kat depan famili aku.Malu oiiii.Slps sekian lama,menjalankan aktiviti tk berfaedah tue satu hari aku berfikir."Asyik syok sorang2 jew,sampai bila pon dia tk taw yg aku sukakan dia.So,aku mesti tarik perhatian dia".Slps 2,3 minit akhirnya aku sebulat fikiran aku akan tarik perhatian dia dgn kejayaan.Mulai hari tue la,aku mmg studi giler2 la.Bila rasa cm putus asa jew,ambik masa sikit petang tue utk tengok sekilas muka dia.Kira cm ambik inspirasi gitu.Kik3.Hasilnya,mmg berbaloi giler.Satu demi satu Straight's A aku tempa dlm slip exam aku.Tp malangnya,semangat tue hanya bertahan selama 2 tahun jew.Pada suatu malam,aku nmpak dia bermesra ngan lelaki laen.Kalu korang nk taw,itulah 'balak' dia.Lps peristiwa tue,buat kali pertamanya aku menangis kerana seorang wanita.
Selepas peristiwa tue,aku mula jatuh sedikit demi sedikit sehinggalah terus rebah tidak berbangun sampai sekarang.Bukan hati ini tidak terbuka utk bercinta lg tp org yg ingin aku cintai itu tidak mampu membuatkan aku sehebat dulu lg.Keduanya,selepas peristiwa 6 tahun dulu aku kini lebih berhati-hati.Jika dulu,aku merebut kejayaan sebelum mengejar cinta namun kini aku ambil langkah sebaliknya.Itu silap aku.Kini,aku jatuh cinta pada seorang wanita lg.Cukup la ku namakan dia sbg Daughter of Aphrodite.Harapan aku agar kehadirannya dlm hati aku ni dpt mengubat kembali luka di hati ini.Walaupon dia jauh di mata,tetapi nukilannya tetap sentiasa di hati.....