Monday, April 30, 2012

April 2012, Satu sejarah

Assalamualaikum dn selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini tidak kira apa jantina, warna kulit atau tahap pendidikan anda, hanya satu sahaja yang saya pohon adalah Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah dn dipermudahkan urusan kita di dunia ini. Dan thanks a lot sbb baca blog saya ni, walaupon mostly isinya bnyk yg berkisarkan kehidupan seharian diri ini sahaja.

Oklah. Sesungguhnya di saat aku menulis kalimah di entry ini, jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.22 a.m maka bermakna April sudah pon berlalu meninggalkan kita semua. Segala kenangan manis dan pahit yang berlaku pd bulan ini, akan sentiasa terpahat dalam memori silam kita. Bagi aku sbg seorang law student bulan April ini adalah yang paling chaotic dan sibuk berbanding bulan2 sebelumnya pada semester 2 ni. Pada bulan ni,aku terpaksa menghadapi mid-term yang banyak, submission of assignment dan bnyk lg lah. Tp alhamdulillah, setakat ini aku boleh menghadapinya dengan baik. Mid-term exam? Hurm, boleh lah. Soalan campur2, tp mostly mmg payah la. Yalah, aku ni bukan pandai sangat dan yang paling penting penyakit lupa telah mula menyerang kembali. Yalah, dosa bnyk, taubat plk tk buat manalah hati ni senang nk terima dan hadam ilmu tue. Tp insyaAllah, aku akan cuba mengubati penyakit itu, dn diharapkan ALLAH akan membantuku. Amin.

Pada April ini, perkara yang paling menjadi bualan hangat tk lain dn tk bukan ialah perhimpunan Bersih 3.0 yang berlaku serentak di beberapa buah tempat baru-baru ini. Perhimpunan ini mendesak kerajaan pimpinan Najib agar mengabulkan 8 tuntutan yang mereka dakwa dapat membersihkan pilihan raya selepas ini daripada sebarang penipuan. Perhimpunan ini juga adalah susulan kepada desakan gerakan suara mahasiswa agar memansuhkan PTPTN. Mereka mahukan pendidikan percuma kepada semua lapisan masyarakat. Berkenaan perhimpunan Bersih itu, dikatakan pada mulanya perarakan itu berjalan dengan aman namun ia bertukar menjadi ganas selepas diprovokasi oleh pihak Polis yang bertugas. Ini menurut media yang berhaluan kiri. Menurut media kerajaan, mmg dri start lagi diorang bertindak ganas. Perhimpunan Bersih yang berlaku di ibu negara telah menelan nyawa seorang protestan. Menurut video yang aku tonton, kereta polis yang bergerak laju( aku tk tahu ia sengaja dipandu laju atau mmg hilang kawalan) melanggar segerombolan drpd orang yg sedang berarak itu. Drpd video itu, mmg sangat dahsyat. Selepas perhimpunan ini, aku banyak juga menerima pandangan drpd kawan2 law aku. Ada yang mengutuk perhimpunan bersih itu dn tidak kurang juga yang menyokong. Banyak alasan yang diberikan mereka tp yang paling famous ialah menganggu ketenteraman negara dan kebebasan berhimpun yang mmg telah di preserve di dalam perlembagaan kita.

Aku berfikir sejenak, selepas melihat secara keseluruhan perkara ini. Aku melihat dari sudut pihak yang menyokong dan yang mengcondemn perhimpunan ini. Dan aku datang dengan satu konklusi, bagi aku utk mengubah satu kerajaan yang zalim dan korup kita sendiri perlu siapkan diri dengan ilmu dan kekuatan. Bagi aku sebagai seorang pelajar, tugas aku sekarang ialah belajar. Persiapkan diri dengan segala ilmu yang ada especially ilmu agama sbb utk hanya ilmu Allah shj yg mampu mematahkan hujah orang yang menggunakan ilmu dunia dan manusia semata-mata. Di samping mencari ilmu, aku juga perlu melengkapi diri dengan ilmu kehidupan termasuklah ilmu politik. Keperibadian juga memainkan peranan penting. Kala ini aku dapat lihat semua ahli politik tidak mempunyai akhlak yang betul2 berlandaskan seorang pemimpin yang mengaku Allah itu Tuhan dan Rasulullah itu sebagai rasul yang wajib diikuti. Mereka hanya pandai berkata-kata, bahkan ada yang sestengah mereka bertopengkan pakaian sunnah utk menutupi sikap buruk mereka. Pemimpin yang betul2 berlandaskan kepemimpinan Rasulullah akan dihormati kawan mahupun lawan. Kalau pihak lawan boleh memperolokkan dan mempersendakan kita, ini bermakna ada yang kurang dengan diri kita. Mungkin dalam kita menyebut hadis dan ayat Al-Quran, kita tk sedar yg diri kita ada kekurangan dri segi aspek kepemimpinan dan hubungan di antara rakyat jelata. Aku bukan nk kutuk sesiapa tp kini aku sedang mempersiapkan diri utk menjadi pemimpin yang baik dari segi hubungan dengan Allah dan manusia sekelilingnya. InsyaAllah. Harapan aku ialah agar satu hari nnti aku bisa menjadi pemimpin yang adil buat rakyat negara ini. Bukan pemimpin yang hanya mementingkan bangsanya sendiri namun dlm masa yang sama memartabatkan kembali Islam sebgai agama yang unggul buat masyrakat dunia umumnya. Pemimpin yang disayangi kawan dan rakyat, dalam masa yang sama dihormati dan disanjungi musuh.