Thursday, September 2, 2010

Cinta oh Cinta


Hmmmm,cinta satu perasaan yang secara 'natural' akan wujud dalam diri setiap makhluk Allah especially manusia.Mmg menjadi perkara lahiriah bagi setiap manusia untuk mencintai dan dicintai,i love Allah,i love Rasulullah,i love my family and so on so forth.

Perkara yang ingin saya sentuh di sini,bagaimana cinta yang suci ini sering disalah ertikan oleh setiap golongan manusia tak kira dia tue setinggi mana pon pangkat dia dalam masyarakat ini.Ramai yang kata,remaja tak boleh bercinta sbb nnti boleh mengundang zina,remaja tak boleh bercinta nnti pelajaran terganggu,remaja tak boleh bercinta sbb masa depan masih terlalu jauh dan banyak lagi alasan lain yang dikemukakan oleh pihak2 yang tak faham apa erti cinta tue sebenarnya.

Mmg kekadang bila pikir2 balik tak salah apa yang sesetengah orang fikirkan tue.Mereka cakap sumer tue sbb mereka sayang dan cinta akan kita.Betul tak???Kik3.OK,berbalik pada tajuk yang ingin aku kupaskan pada mlm ni,apa itu cinta????Cinta pada perspektif aku ialah satu perasaan normal yang ada pada setiap manusia normal yang bermaksud menyayangi sesuatu dengan satu perasaan yang sayang yang luar biasa.Maksud aku di sini,cinta adalah superlative bagi perasaan sayang.

Cinta bukan sekadar di bibir tetapi perlu ditunjukkan dengan perbuatan.Perbuatan di sini bukan SEKS ye!!!!!!!Harap maklum.Kenapa semakin banyak berlaku kes buang anak,mengandung anak luar nikah,dan yang sewaktu dengannya adalah mereka ni tak faham atau lebuh kasar lagi jahil tentang maksud cinta yang hakiki.Kita sering di'suap'kan dengan dakyah yang disebarkan oleh media2 barat yang sering memberi takrif sendiri iaitu cinta= seks atau lebih mudah, di mana ada cinta di situ ada seks. Perspektif ini menjadi 'virus' bagi kesucian sesebuah cinta,maka semua orang sering menjauhi cinta utk mengelakkan perkara tersebut.

Cinta seperti yang saya katakan tadi, adalah superlative bg perasaan sayang.Cinta bukan bermaksud seseorang gadis perlu menyerahkan tubuh mereka kpd lelaki manakala lelaki perlu melabur semua wang mereka untuk insan yang mereka cintai.Cinta bagi aku ialah sekadar berkongsi perasaan sayang dan saling mengharapkan yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak.Cinta itu indah dan suci maka ia perlu diletakkan pada tempat yang paling suci dalam diri kita,iaitu hati.Cinta juga perlu diberi pada insan yang sesuai iaitu seseorang yang mencintai dirimu kerana Allah dan bukan dengan sebab2 lain.Cinta hanya boleh diluahkan apabila mendapat kekuatan kerana cinta itu hebat dan ia mampu meruntuhkan segunung iman tetapi ia juga boleh menjadi selautan kejayaan.

Cinta tak semestinya hanya perlu diberikan kepada insan yang ber'gender' wanita sahaja tetapi ia bersifat universal.Seperti contoh,aku cintakan Allah dan RasulNya kerana Allah adalah matlamat aku sepanjang aku hidup atas muka bumi yang bersifat sementara ini,manakala aku menyintai Rasullulah sbb baginda mengajarku bagaimana caranya utk aku mencapai matlamat tersebut.Aku juga turut cinta pada ibu,ayah,adik dan semua yang muncul dalam hidupku dan memberikan sejuta keceriaan dan mengajarku erti hidup yang sebenar.Pokoknya,cinta tak semestinya berlaku pada seorang lelaki dengan seorang wanita yang bukan muhrim.

Aku juga tak terlepas dari memiliki perasaan cinta.Aku jg ingin mencintai dan dicintai kerana perasaan cinta ini sangat suci dan aku bertuah untuk memiliki perasaan ini.Alhamdulillah.......Tapi hidup tak semestinya terlalu indah.Kadang2 ribut akan melanda jua,begitu jg dgn aku.Kisah cinta aku sentiasa berakhir dengan kegagalan malah ada sesetengahnya permulaannya sudah mati sebelum ia sempat berputik.Tapi apa kudratku utk menolak perasaan cinta ini dari terus mekar dalam hati yang hina ini.Sob3.Apapon,kini aku sudah jatuh cinta lagi tetapi aku rasa penamatnya jg sama spt kisah2 cinta fantasi aku yang lain iaitu keGAGALan.Aduhhhh,Ya Allah,Aku harap kali ini cinta ku pada salah seorang hambamu tidak bertemu kegagalan lagi.Hiasilah kisah cinta ku kali ini dengan kemanisan dan akhirilah kisah cinta ku ini dengan sebuah perkahwinan yang disulami takwa dan iman padaMu,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.Aminnnnnnn...............................................................