Monday, October 8, 2012

Forever Lonely.....

Tuesday, another boring and gloomy day for me. Setiap hari di sini (yg aku maksudkan di sini ialah UUM, bukan bumi) adalah penderitaan dn dugaan yg terpaksa aku lalui in order for me to see light in the other side of the tunnel. Kesunyian semakin menghimpit dn menyelubungi jiwa aku yg kerdil ini. Aku tidak lagi berdaya utk melawan segala asakan itu, maka aku sengaja biarkan ia perlahan-lahan menelan aku pergi. Aku tk tahu lg kenapa dugaan kerap kali mendatangi aku. Apakah aku ini insan yang sangat berdosa di mata Tuhanku sehinggakan dugaan demi dugaan mendatangi aku hanya semata-mata utk membasuh segala khilaf diri ini? 

Kisah kesunyian aku bermula dri sem 1 lg, tp sem 3 ianya semakin memuncak sehingga aku tidak dpt lg utk berdiri lg. Aku tidak berdaya, takungan air mata aku sudah kering. Tiada air mata lagi yang tersisa utk aku alirkan dr mata ciptaan ALLAH ini. 

SEMESTER 1: Satu permulaan yg menyedihkan buat aku kerana dipaksa melanjutkan pelajaran ke universiti yg paling aku tk mahu pergi. Hari pertama menjejakkan kaki ke sini, aku sudah melakukan satu dosa iaitu bergaduh dgn ayah aku. Puncak pergaduhan itu menyebabkan aku terpaksa berkemas seorang diri di tempat yg asing, di kala aku melihat rakan-rakan seperjuangan aku bergurau senda dn bergembira bersama keluarga. Mmg la, sebenarnya family aku mmg kena balik awal sbb adik aku yg no-2 tue, is having some what so called jamuan perpisahan kt sekolah dia. Pd mulanya, aku mmg merestui kepulangan awal mereka kerana abang sulung kan kena selalu berkorban. Tp, apa salahnya utk mereka dtg sekejap menemani aku barang 5-10 minit. Permulaan hidup aku di sini dimulai dgn suasana kesunyian, tanpa keluarga, tanpa rakan bahkan jauh sekali awek peneman diri.(KIK3) Maka, berkemaslah aku seorang diri. Pd masa itu, hati ku menangis semahu-mahunya tp apakan daya. Semester satu aku lalui dgn penuh penyeksaan, dn kesedihan. Pd masa ini, aku masih lg tk dpt menerima hakikat yg aku berada di sini. Aku mula salahkan takdir, kalau marah menguasai minda dn hati segala-galanya jd tk keruan. Astaghfirullah. Masa ni aku mula berjumpa dgn wingman aku, Hafiz @ Bang Long, Din dn Azhar.(kesemuanya bukan nama sebenar) Seperti kebiasaan sem satu ni lah masa terbaik nk cari geng. Aku cuba masuk ngan geng2 BSN, tp tk boleh. Cara diorang tk masuk ngan cara aku. Aku ni mmg strict sikit dlm memilih kawan ni, sbb aku ni mudah terpengaruh. Bak kata org putih, vulnerable gitu. Kebanyakan kawan yg aku pilih ialah berdasarkan course yg diorang ambik, bukan apa yalah senang utk buat bincang. Masa sem satu ni jgklah, aku perasan yg budak2 course aku sendiri sudah berpecah. Keadaan ini amat bertentangan dgn ideologi yg aku bawak dri zaman sekolah lg. Bg aku as long as you are in one course, you are my family, my best friend. Kini, ideologi aku terpaksa menjadi korban dek sesetengah manusia yg jahil erti persahabatan dn kesamaan dn keadilan. Geng2 kroni mula terbentuk ketika era ini. Aku tidak dimiliki oleh mana2 geng so that's mean i am alone. Again.

Semester 2: Segala-galanya sama seperti sem 1. Except aku dh berjumpa ngan kawan baru namanya cukup la aku panggil sebagai E. E boleh dikatakan sbg kawan rapat aku time sem 2 bersama-sama ngan wingman aku. E ni bolh dikatakan seorang yg open-minded sikit so bnyk la input yg aku dpt. Furthermore, E ni kawan ngan sumer org dn dia ni mmg famous la dlm klgn budak law. Masa ni jgklah, aku mula mengkritik geng2 kroni. Kritikan yg aku lemparkan adalah secara tetutup sbb masa tue pengaruh aku tkda lg. Dn setiap kali aku merungut atau mengkritik pasti si E ada utk mendengar. Dn rasanya bukan aku sorunk jew yg kritik tp golongan2 yg terpinggir spt aku mula bangkit bersuara. Alhamdulillah, atas desakan beberapa pihak maka program HSWJ dn Dinner dikendalikan oleh semua pihak, although pihak kroni still pegang jawatan yg bnyk tp sekurang-kurangnya ada jgk dlm klgn kami yg join. Masa ni jgklah aku start utk masuk daun. So, boleh dikatakan sem 2 tkda masalah sgt kowt. Kwn2 ok, sunyi tue still ada tp berkurangan sikit.

Semester 3: Dispute cover all over the places. Hbgn aku dgn E semakin renggang disebabkan oleh benda yg kecil. Masalah charger jew kowt. Pd aku, tanyalah sesiapa shj kt dunia ni pasti diorang akan kata yg aku berada di pihak yg betul. Kisahnya bermula pd semester 2.Satu perangai aku yg rasanya berasal drpd ayah aku ialah aku ni bila berkawan jew, semua bulan bintang nk bg. Biar diri susah asalkan kwn senang. Apply la sikap aku ni pd situasi aku dn E. Si E ni rajin lepak bilik aku. Aku tkda masalah sbb dh kwan, nk buat apa buatlah. So, bila dh duduk sebilik tue, istilah barang aku, barang kita applylah secara automatiknya. Oleh kerana kami memiliki jenama handset yg sama maka kerap kali jgklah dia meminjam charger aku.Aku k kisah sbb bukan luak apa pown setakat nk pinjam charger, kalau pinjam bini ialah aku marah, so aku biarkan jew lah. Satu hari, aku dapati charger aku hilang. Aku biarkan jew, sbb mungkin dia terlupa nk antar balik kowt. Aku guna kan jew lah charger usb aku. Tk lama slps itu, aku ada nmpk charger cina kt atas meja aku. Aku biarkan jew sbb mungkin itu hak dia kowt. Lps lama punya lama aku tnya la dia pasal charger aku. Dia kata charger aku ada kt bilik kawan dia, so sementara nk pergi ambik tue dia ganti dulu ngan charger tk ori tue. Aku sbnrnya tk biasa guna charger tk ori ni, dn sbb utamanya ialah jenama tepon aku ni tkleh dicas selain charger yg asal sbb kemungkinan besar jangka hayat bateri telefon akan berkurangan. Tp disebabkan kawan punya pasal, aku biarkan jew la. Aku korbankan prinsip aku tue. Selepas itu, aku mula nmpk perubahan sikit pd si E ni. Dia semakin menjauhi diri dri aku sikit. Oh yeah, slps dia beli charger tk ori tue, aku nmpk dia makin mewah sikit. Tukar laptop baru, dn yg aku hairannya dia boleh dikatakan kerap dtg kt bilik kwn dia tue. So, tkkan tk noted kot psl charger aku yg tertinggal tue. Time nk balik utk cuti sem, aku ada bgtaw rumate dia suruh tnya pasal charger aku. Tp malangnya, sampai aku balik charger aku tk dpt aku jumpa. Masa ni aku tk jumpa sorang2 ngan dia sbb dia dh mmg lain giler ngan aku. Naik sem 3, aku menjadi ketua utk biro protokol manakala si E menjadi ketua biro lain. Kami mmg perlu bekerjasama sbb tugas kami overlap with each other. Masa ni dia dh mula tunjuk taring, tugas utk biro aku dri segi pemilihan dn melatih emcee di ambil oleh dia. Kira mcm rampasan kuasa jgk lah. Dhla, tk cukup dgn itu ahli2 biro aku, aku kira lebih berkuasa drpd aku. Drpd jawatan ketua biro aku rasa aku dh jd spt hamba biro. Slps dh mula rasa spt di rendah-rendahkan satu mlm aku chat ngan si E, claiming my charger back Aku mintak tue pon sbb charger cina tue dh rosak. Rupa-rupanya, charger aku dh lama hilang (poor my lovely charger). Aku dh agak dh, dn aku kata dia mesti ganti balik benda tue sama mcm benda yg dia hilangkan tue. Or in the other word, original charger. Aku tahu charger original mmg mahal tp nk wat cmner aku nk ajar dia supaya bertanggungjawab dn aku tahu dia mmpu. kalau dia tk mmpu, aku boleh lenient. Slps beberapa hari, dia gantikan charger aku tue dgn brg ori. Lps dh ganti brg tue, dia chat ngan aku kata yg dia dh ganti charger tue. So jgn la bising2 lg. WTF!!! jgn bising2???Itu hak aku, kalau aku bising aku pon itu disebabkan dia tipu aku yg charger tue tertinggal kt bilik kt kawan dia. Slps peristiwa itu, segala-galanya menjadi tegang. Pd hari full rehearsal, aku tk dpt dtg sbb aku kena pergi orientasi. Tp sblm tue, aku dtg semua perjumpaan kowt, mlm tue jew aku tk dtg sbb orientasi tue. Orientasi aku ni ialah konsert drpd anuar zain. Tp seriously, kalau aku boleh ponteng mmg aku ponteng konsert tue. Aku ni kalau pegang tanggungjawab, aku akan pegang betul2. Itu amanah, dn aku dilatih oleh ustaz2 aku utk sentiasa menjaga amanah. Mlm tue aku buat status yg aku happy tp bukan sbb konsert tue tp sbb Arsenal menang besar pd match hari tue. Si  E komen kt status aku, dlm nada yg menyindir  kononnya diorang kt dewan kachi penat lelah kerja aku sedap2 jew rilex. Esoknya, time aktiviti pg, aku dimalukan lg. Yalah semua batch aku pakai baju hitam, aku sorunk jew yg pakai baju biru. Yalah, aku pon tk sihat sgt so kenalah pakai baju lengan pnjg. Tkda sorunk pon yg alert aku pasal pakaian tue. Tp tkpa, aku sabar lg. Aku boleh senyum lg walau ibaratnya aku boleh dikatakan dibuang oleh batch aku sendiri. Dtg2 jew, aku terus bgtaw kt si H, budak ajk dekorasi yg aku mintak maaf sbb tk dtg smlm. Tp katanya, rehearsal pon buat gitu2 jew, bukan full rehearsal pon. Damn, aku tertipu lg. Mlmnya, aku ditugaskan utk membaca doa bg majlis itu. Mmg kalau ikut tentatif program tk kira baru atau lama, mmg aku kena kena baca doa.Lgpon tentatif program biro aku yg buat. Slps ucapan alu-aluan, aku mula bergerak ke tepi pentas dgn penuh confiden utk membaca doa tp punyalah malang nasib aku nama org lain yg disebut. Oh ya emcee utk majlis itu ialah si E. Dn dia lah yg menyebut nama pembaca doa tue. Malu yg besar aku rasa saat itu. Masa tue, aku tk dpt tahan air mata aku lg. Aku menangis semahu-mahunya kt masjid sebelah dewan tue. Sedih, malu, kecewa bila kawan kita tikam kita kt blkg. Mlm tue mmg mlm yg paling celaka buat diri aku. Mmg terasa cm aku nk tumbuk jew si E tue kt belakng pentas, tp aku tangguhkan niat aku tue. Yg terbaru, si E telah cantas aku dlm group assignment. Aku tk taw kenapa dia boleh masuk group aku, tp skrg aku dh kena cantas. Satu habuk aku tk taw psl assignment group aku tue. Skrg aku kesunyian, dtg kelas sorang, duduk dlm kelas sorunk, balik kelas sorunk. Bila ada group assignment mesti aku left out. Aku ibarat tk wujud dlm batch aku sendiri. Dlm gambar mmg lah nmpk batch aku bersatu jew, tp hakikatnya kami berpecah. Kdg2, aku tkda pon dlm gambar batch. Ketika aku mengadu perkara ni pd org lain, diorang hnya kata bersabar jew lah, munkin aku yg bermasalah kowt. Diorang sedap kata tp aku yg menanggung, derita aku ni hanya aku jew yg tahu. Org lain hanya mmpu melihat tp tidak boleh memahami. Pasal aku bermasalah, ya aku mmg bermasalah. Masalah pd diri aku ialah aku ini terlalu baik sehinggakan org pijak2 kepala aku. Bila aku baik sorunk manusia pon tk nmpk, tp bila aku jahat walau sedetik itu lah yg diorang nmpk dn ingat smpai mati. 

Pasal masalah cinta aku, ianya ttp sama. Semua org yg aku suka pasti akan dimiliki oleh org lain. Aku dh puas menangis kerana pompuan ni. Hasilnya ttp sama, aku ttp single cmni. Aku selalu kata aku ni oppose to any kind of hiberdating. Tp pikir logik la, manusia mana yg tk nk utk disukai. Org selalu kata, hidup ni saling melengkapi, perempuan akan tertarik pd lelaki yg cmni, cmtue. Pd aku semua tue bullshit.....Tkda pompuan yg nk kt aku ni. Sia-sia jew selama ni aku doa siang mlm utk jumpa perempuan yg terbaik utk aku. Tiap kali aku jumpa wanita tersebut, maka tiap kali jgklah dia akan pergi meningglkan aku. Kehadiran mereka hanya sekadar sejarah dlm hidup aku. Utk sekadar menjadi memori pahit. Kini aku boleh aku kata aku jumpa pompuan tue, aku jumpa pompuan ni tp aku still tk boleh kata aku jumpa perempuan yg melengkapi aku, perempuan cun dn baik tue suka aku. Mungkin benar jgk kata kawan aku, mgkin aku ni bujang sampai mati dgn kucing sbg peneman. Aku ibarat Ted Mosby mencari cinta tp gagal menjadi Marshall Eriksen yg menjumpai cinta sejati. HIDUP INI KEJAM, ORANG YANG BAIK TKKAN SURVIVE!!! Last to say, kini aku harap aku boleh lupakan semua perempuan yg pernah aku suka dn cinta. Aku tk mampu lg utk menangis, hati aku sudah tiada lg utk diisi. Hati ini hancur, dn tkkan dpt diubati sampai bila2.....................

Monday, May 14, 2012

20 Years of Laugh and Tears

13th of May 1992......... I still remember during that time. Yeah, the first time i see this world, first time i started to use the nikmat that Allah has given to me, and absolutely the first time i see my mother. The person that sacrifice enough just to ensure the existence of me in this world. There are several times before this, i asked my mother about the moment when i come to this world. Ibu hanya memberitahu yang keperitan dan kesakitan yang ditanggung olehnya seolah-olah tidak langsung dirasai ketika melahirkan aku. Dia cuma kata, tup tup aku dh selamat dilahirkan. Bnyk2 anak dia, dia mmg kata akulah yang paling senang utk dilahirkan. Banyak lagi peristiwa2 yang diceritakan oleh ibu ketika hari-hari dia mengandungkan aku. Antaranya, segala permintaan dn kalau istilah orang mengandungnya mengidam mesti dapat dipenuhi dengan cara yang boleh dikatakan pelik. Seperti contohnya, ibu pernah cerita yang dia mengidam sangat nk makan labu. Tp, masa tue mmg tkda buah labu. Aku tk tahu kenapa, tp labu mmg tkda kt sekitar trmpat tinggal diorang pd masa tue. Kedai yang berdekatan mmg tkda jual benda alah tue. Tp, ayah aku ketika itu sanggup gamble jgk gi tgk kat kedai yg berdekatan walaupon mmg dh dpt tahu kedai tue pd sebelumnya mmg tkda nmpak sebiji buah labu pon. Tp Allah itu Maha Kaya, dengan tidak disangka-sangka kedai yang beberapa saat sbelum itu mmg tk menjual buah labu, tiba2 menjual buah labu. Banyak plk tue....Kik3. Semasa aku masih bayi, mak aku jgk pernah bgtaw setiap malam aku mesti terjaga dn memandang langit. Sebab itu, pada mulanya ibu aku nk namakan aku ni Abid, yg bermakna orang yang berjaga dn menghidupkan malam dengan beribadah kepada Allah. Semasa aku bayi, orang2 cina amat suka pada aku. Dikatanya, aku ini bakal membawa rezeki dn bakal menjadi org yg bijak. Tp itu org kata, dn kebetulannya sebaik sahaja aku dilahirkan ayah aku telah dinaikkan pangkat sbg pembantu kesihatan awam, pekerjaannya pada masa kini. Begitulah, serba sedikit tentang sejarah kelahiran aku di muka bumi Allah ini. Bukannya nk kata aku ni hebat tp mungkin itu semua adalah rahmat Allah yg diberikan kpd keluargaku. Anyway, aku mmg sayang kat ibu yang melahirkan aku ke dunia ini dn ayah yg sentiasa mendodoikan aku ketika waktu kecilku dulu. Aku mmg admit, aku tk pernah bgtaw secara jelas dn bersemuka utk bgtaw yg aku sayang diorang. Ego ni tinggi lagi, tp ketahuilah wahai ibu bapaku, anakmu ini tidak pernah lupa utk mengingatimu baik dlm hati dn juga doaku. Semoga mereka dikurniakan Allah ganjaran syurga di Akhirat kelak. Amin.

Enough with the history. Sekarang aku sudah officially mencapai angka 2 pada permulaan umurku.(Kalau ikut kalendar hijrah aku tk tahu lah). Ini bermakna aku sudah 20 tahun hidup. Kematian semakin menghampiri aku dari sehari ke sehari.Walaupon, umur sudah 20 tahun tp aku tk yakin aku sudah menyumbang sepenuhnya 20 tahun hidup ini kepada agama Islam dn perkara yg berkaitan dengannya. Budak yg berumur 10 tahun kat Palestin pown aku rasa lebih banyak sumbangannya kpd agama Allah ini. Walaupon mereka baru berumur 10 tahun atau 17 tahun tp ada dlm klgn mereka yg sudah menjadi mujahidin dn subhanallah ada yg mati syahid. Aku ingin menjadi spt diorang. Aku nk nnti di depan Allah aku boleh bgtaw, umur aku dihabiskan dengan berjihad di jalan Allah, umur aku dihabiskan dgn menuntut ilmu, umur aku dihabiskan dengan menangis di malam hari kerana takutkan Allah, dn umur aku dihabiskan dengan melakukan kebaikan kpd umat manusia. Bila dh menginjak 20-an ni, aku mula terfikir tentang matlamat dn visi aku utk masa hadapan. Bila aku nk mula kerja, kahwin(kik3), dan lain-lain lagi. 20 tahun aku hidup banyak yg telah berlaku di sekeliling aku. Perang, mogok, demonstrasi, kegembiraan dn kesedihan berlegar-legar di paksi tempoh ini. Ya, dunia semakin hampir ke penghujungnya. Aku ini merupakan antara manusia yg dikatakan sebagai Rasulullah sebagai umat akhir zaman. Pada masa ini, dugaan dn cabaran smakin menjadi-jadi. Yang lemah pasti akan tertewas dn tersesat. Setakat ini, aku hanya harapkan yg iman aku dpt dikuatkan oleh Allah dlm mengahrungi saki-baki zaman ini. Aku mmg tk dpt menjalani hidup ini tanpa kekuatan drpd Allah. Aku mmg sangat lemah. Aku dapat rasakannya saat ini. Masa ini, aku dpt rasakan sesetengah org sudah mula meragui kewujudan Imam Mahdi yang dijanjikan. Seorang pemimpin yang dikatakan oleh nabi mampu meruntuhkan segala ketidakadilan dn kezaliman yg berada di dunia kini. Aku masih menunggunya. Bagi aku, dia pasti dtang. Cuma masanya bila, hanya Allah yg tahu. Mungkin esok, mungkin juga 10 tahun lagi. Ya Allah......Kepada imam Mahdi, di mana kau sekarang? Apa yg sedang kau lakukan saat ini? Semoga Allah mempercepatkan ketibaan kau dlm kalangan kami, dn demi Allah yang menjadikan aku dengan bersaksikan langit dn kegelapan malam ini, aku akan menjadi penolongmu yang setia. Semoga Allah dpt mempertemukan kita..Amin.

Oklah, berbalik kpd hari jadi aku yg ke -20 ini. Aku masih ingat waktu asasi dulu, aku menginginkan sgt dpt menyambut hari jadi aku bersama rakan-rakanku di universiti. Hal ini kerana, aku tk pernah dpt meraikan hari kelahiranku bersama rakan-rakanku yang lain. Kalau waktu sekolah dulu, asal hari jadi aku jew, masa tue lah sekolah aku nk wat exam. Dh la mid-term exam. Utk pengetahuan korang, sekolah Maahad aku, basically cuma ada dua shj peperiksaan setahun. Mid-term exam, dn peperiksaan sebenar. Jd, mid-term ni mmg sangat penting bg kitorang utk mngethui siapakah yang paling hebat dlm kalangan kami. Kik3. So, bila dh exam tue, masing2 ibarat enau dlm belukar lah. Masing2 buat hal sendiri. Tkda masa nk wat surprise party, kalau dpt wish drpd kawan itu dh dikira baik. Kdg2 aku terfikir gak, napa la aku lahir time tarikh ni. Tk best langsung. Masa sekolah dulu, hanya keluarga shj yg sambut besday aku.Ayah la yg belikan kek hari jadi aku. Ibu dn adik2 la yg wish kt aku. Family is everything for me. Masuk jew asasi, lagilah tk dpt sambut. Aku masuk asasi pon , lpas beberapa hari hari jadi aku di sambut. Keluar asasi pon, pada bulan 4 so mmg tkda can la nk sambut ngan friend. Lps tue, aku mintak sgt dgn Allah agar dpt sambut birthday ngan kawan2. Dn Alhamdulillah, doa aku dikabulkan sejak sekian lama., dn tahunnya ialah 2012. Satu jew, yg aku mahu rumuskan, it is SUCK. Di UUM, aku boleh dikatakn mmg telah terpisah dgn geng2 aku. Kt sini, aku ibarat forever alone. No friends, no girlfriend.Oppps.....Hari jadi aku di UUM, yg aku dpt ialah wish kt facebook. No present, no cake. Sob3. Yg aku sedihnya, pada 12 May salah seorang dripd kawan aku juga menyambut hari jadinya. Kawan2 aku yg lain (kawan kew, ok. Its basically, his geng but my friends in my course) telah buat satu surprise party kt dia. Happy sgt nmpk diorang. Awek dia siap bg hadiah lagi. Tup tup, hari jadi aku tkda sorang yg sambut. Tkda sorang pon yg bagi hadiah, or at least a birthday cake for this birthday man. No awek utk bg hadiah kt aku. Sob3. Aku sedih sgt, tp aku sorokkan kesedihan aku dgn senyuman manis aku ini. Kalau aku kt rumah, walau pon ayah tkda langsung duit tp dia still jgk berusaha utk belikan sebiji kek utk aku. Hari tue, kita satu family akan makan sedap2 sempena menyambut hari jadi aku.

Hari jadi aku yg ke-20 ni, aku mintak sgt kt Allah agar kabulkan aku satu hadiah. Hadiah yg aku nk ialah melihat wajah Rasulullah dlm mimpiku. Seperti yang kita ketahui, mmg mimpi itu dikatakan permainan tidur dn mainan syaitan tp syaitan tkkan dpt menyerupai wajah Nabi Muhammad.  Wajahnya terlalu mulia seinggakan syaitan terkutuk tidak berani utk menyerupainya. Andai aku dpt bertemunya pada saat tidurku, aku mahu menangis dn berpeluk dgnnya. Aku mahu mengadu atas segala yg berlaku pada diriku atas muka bumi ini. Aku nk luahkan segala-galanya pada baginda. Aku nk cium dia, dakap dia, pegang tangannya yang mulia dn berbicara dengannya. Sesungguhnya aku berasa sangat rindu pd baginda. Di dunia ini aku alone tanpa kawan2. Ya Rasulullah, umatmu ini sangat merinduimu. Umatmu ini sesat tanpa sebarang petunjuk. Umatmu ini kseorangan tnpa teman. Temanilah aku, dakaplah aku, tunjuki aku satu pedoman utk aku ikuti.

Thursday, May 10, 2012

Crushing to my heart.........


Aku masih ingat kali pertama aku melihatnya di kelas pada pagi Khamis itu. Pada ketika itu, first reaction aku ialah, "Eh, lawa gak budak pompuan ni". Pada masa itu, aku hanya anggap ia sebagai perasaan biasa yang seringkali datang kepada manusia especially lelaki apabila melihat kaum hawa yang indah.Selepas itu, segala-galanya berjalan seperti biasa. Mmg aku akui, di sini aku lebih memilih utk hidup secara bersendirian. Tnpa kawan yg betol2 aku luahkan segala isi hati, tnpa crush dgn mana2 pompuan yg aku jumpa wlau secantik mana pon pompuan itu. Hasilnya, pada semester satu boleh dikatakan result aku gempak la jgk. Pada masa tue, aku hanya fikir, no girl, my eyes will burst a tearful joy. Segala-galanya berjalan dengan lancar, sehinggalah secara tiba2 aku merasa begitu kesunyian sekali. Puas aku sibukkan diri dgn aktiviti lepak bersama geng2 yg sekepala dgn aku, assignment, dn merapatkan diri dgn Allah tp still hati ini masih lagi terasa sunyi.

Mungkin perasaan ini lahir selepas drpd melihat ramai kawan2 yg se'course' ngan aku sudah pon berteman. Yg tinggal pown, hanyalah sekelompok golongan loser dn beberapa sebab yg tk patut rasanya aku luahkan di sini. Pada mulanya, aku hanya menjawab segala tohmahan itu dengan alasan yg couple itu haram di sisi Islam. Islam tidak menghalalkan perkara yg diharamkan walau dengan sbb ia sudah menjadi tabiat dan adat kebiasaan bg sesuatu kaum. Bagi Islam, haram tetap haram. Dalam Al-Quran pun, Allah telah menegaskan "Janganlah kamu menghampiri zina". Ayat Allah itu sudah mencakupi segala permasalahan dn kekeliruan anak muda pada masa kini. Di dalam ayat tersebut, Allah telah menggunakan perkataan menghampiri yg bermaksud segala perkara yang dapat menjerumuskan kepada zina adalah dilarang sama sekali. Tp kebanyakan, anak muda tk kira umur dan bangsa lebih suka menggunakan hujah sesetengah ustaz yang menghalalkan perlakuan 'couple' ini berbanding nas Al-Quran yg sudah terbukti qat'i dn muktamad. Alamak, aku ni dh masuk bab tazkirah plk. Okay, berbalik kpd permasalahan aku td. Ramai golongan yg ber'couple' itu td terdiri drpd golongan lepasan sekolah agama di seluruh Malaysia atau sekurang-kurangnya mempunyai latar belakang agama yg cukup baik jgk la kowt. Ini amat memeranjatkan aku dn boleh di'assume' aku merupakan antara insan yg terakhir yg masih belum terjerat dgn perangkap paling berbahaya pada masa kini dlm kalangan budak course aku. Mmglah, pada awalnya aku sering menyematkan dlm hati pesanan ibu aku yg berbunyi "kalau semua org masuk neraka, ko pon nk masuk neraka jgk kew."

Aku akui semester 2 lebih besar cabarannya. Baik dri segi pelajaran, perhubungan dn yg paling diutamakan pada entry kali ini ialah hati. Ya, hati aku banyak menerima cabaran dn dugaan kala ini. Di saat aku menaip entry ini pon, minda aku masih terbayangkan wajah crush yg aku mimpikan setiap hari ini. Cuma pengalaman banyak membantu aku. Kali ini, crush aku bukanlah dri course yg sama dgn aku, malah tiada sesiapa yg tahu siapa sebenarnya insan itu.( Ok, aku tipu pada statement yg akhir tue. Tp at least hanya 2 org shj yg tahu) Pengalaman time waktu asasi jgk, bnyk menolong aku menghadapi situasi ini. Dn yg paling penting, aku masih lagi mempunyai perasaan pada crush aku yg terakhir ketika asasi dulu. Walaupun aku tahu, di sudah melupakan kata2 itu, dn sudah mampu mempunyai seseorang di hati lebih cepat drpd aku. Mmg sudah menjadi prinsip aku, janji ialah kualiti yg perlu ada dlm setiap hati manusia. Ia perlu diingati dn ditepati. Itulah janji. Tp ketika aku menelefonnya pada malam itu, dia menasihatkan aku supaya move on dn lupakan dirinya. Sebenarnya, aku pon sudah menjangkakan perhubungan kami tidak akan berpanjangan walau pon aku sering menganggapnya begitu. Mungkin sahabat adalah definisi terbaik bg perhubungan kami ini. Kepada si dia( andai dia membaca tulisan aku ini), kamu mungkin bukan kekasih hati yg aku idamkan selama ini, tp kamu ttp sahabat terbaik dn paling sporting yg pernah aku temui. Thanks byk2.

Kini, aku menghadapi dilema yg sgt besar. Aku amat meminati gadis ini. Dia merupakan classmate aku dlm klas akaun. Dia tu sweet, comel, dn yg paling penting dia ni merupakan seorang yang pendiam. I like this kind of girl. Bukan cm sesetengah, budak law aku yg mulut tue nasib baik ada satu kalau tk aku rasa baik aku dgr lalat taik punya bunyi drpd bunyi suara diorang tue. Mmg annoying la kalau pompuan cakap bnyk, pastu aku tk taw apa point yg dia cuba sampaikan, plus suara tue mmg tk sedap langsung cm mak cik jual kuih kat pasar siti khadijah dn yg paling penting muka tue mmg tk lawa lgsg. Aku tk taw apa nk jd kat pompuan yg tk lawa ni, kenapa perlu bagi mereka untuk mengexposekan diri mereka dlm khalayak ramai dgn membuat bising di dalam kelas. Aku rasa better korang cermin diri, dn perbanyakkan berzikir kew, selawat kew drpd korang bising tk tentu hala. Contoh terbaik tgk aku ni. Aku sedar muka aku tk hensem, suara aku tk sedap dn aku mengambil pendekatan dgn menjadi seorang yg senyap. Tp senyap aku bukan senyap bodoh, kalau lecturer tanya aku boleh jawab. Mulut org yg bijak tue ada di hatinya, tetapi mulut org yang bodoh berada di mulutnya.

Crush aku ini juga seorang yg menjaga pergaulannya( berdasarkan pemerhatian aku jew la). Kerana kebaikan, kecomelan, kecantikan dia lah menjadi masalah aku sekarang. Aku ni mmg aku tk taw kenapa, tp aku mesti tk boleh berkata-kata bila berhadapan dgn perempuan yg cantik. Mulut aku ibarat dikunci, hati dn jantung seolah-olah tiada fungsinya lagi dn kepala aku mesti pening rasa cm nk pitam. Aku rasa ini sumpahan mak bapak aku kowt sbb diorang mmg tk suka langsung aku kawan ngan pompuan. Adik aku boleh plk dia bagi. Kadang-kadang aku rasa, kalau gay itu dibenarkan dlm Islam( mmg tkkan terjadi punya), aku ni mesti disuruhnya kawin ngan budak2 sekolah Maahad aku dulu. Dn sbb itulah aku rasa, sampai sekarang aku masih tkleh ckp ngan pompuan. Eeee, geramnya!!!Berbalik kpd crush aku td, sudah bnyk kali aku cuba utk bercakap dgn dia tp endingnya ttp sama iaitu FAILED!!!!Banyak kali aku dapati dia guna jalan, yg aku sorang jew yg lalu. Tp nk wat cmner scumbag mulut ni masa tue lah dia nk malfunction. Tp aku masih ingat lagi kali pertama dia senyum kat aku time aku tgh tunggu bas kt COLGIS tue. Pergh, time tue aku rasa cm dunia ni aku yg punya. Perut yg lapar, ditambahi pula dgn poket yang kosng sudah tiada maknanya lagi. Begitulah kekuatan cinta ni. Begitulah sehingga skrg, aku hanya mampu tersenyum shj ketika bertemu dgnnya. Dh itu shj yg aku mmpu.

Hari ini, aku cuba memberanikan diri ini utk memberitahu niat aku utk berkenalan dgnnya. After aku selesai menjalankan hak dn kebenaran aku di library, aku terus menuju ke COLGIS. Hal ini kerana,aku pernah terserempak dgnnya ketika mahu ke klas contract pada hari2 sebelumnya. Pada pukul 3 aku sudah bersedia dgn segala perkara yg aku mahu ucapkan ketika bertemu dia nnti. Masa tue, baju aku mmg tgh basah dgn peluh dh. Kepala pon pening tp demi cinta aku gagahkan jua. Pukul 3.20 aku sudah pon menunggu di foyer COLGIS. Lama aku tunggu, tp still dia tk keluar dri kelas lg. Setelah, semangat kian luntur tiba2 aku terpandang dia.Masa tue, punyalah berdebar hati aku tuhan jew yg tahu. Aku terus berlari dn ingin menghampirinya tp mmg celaka betul la lidah ni. Masa tue aku ibarat seorang yg bisu. Aku ekori dia dari belakang, sampai la ky tempat tunggu bas. Masa tue, aku rasa org lain mesti pikir aku ni psycho atau perogol bersiri yg mengekori mangsanya. Damn!!Dhla, td aku mmg tk bawak beg langsung. Masa aku tgh nk cuba cakap dia, tiba2 plk bas nk gi ke kolej aku berpusu-pusu dtg. Selalunya, nk dpt satu bas pon dh kira lucky day lah. Tp, demi misi aku sanggup tinggal bas dn menuju ke arah dia. Tup tup, semua tk dpt. Bas aku tk dpt, si dia pon ntah ke mana. Masa tue, aku lah lelaki yang paling loser atas muka bumi ni. Org depan mata, still tk boleh nk cakap.

Dn kini, aku berada di dlm bilik memikirkan segala percubaan yg pernah aku lakukan utk bercakap dgnnnya. Semuanya berakhir dgn aku berjalan menuju ke kiri, dn dia ke kanan. Sekarang, aku begitu sedih sekali mengenangkan nasib dn takdir diri ini. Aku pernah menangis kerana berasa terlalu kesunyian dn tiada sesiapa yg sanggup mendengar masalah aku. Mak bapak aku pon skrg sdg bergelut dgn masalah diorang, kawan2 kt UUM ni aku belum boleh consider diorang boleh mendengar masalah aku, kawan kt UiTM diorang sibuk ngan study, kawan kt Maahad boleh dikatakan lose contact dh sorang demi sorang. Aku tiada tempat mengadu, hanya Allah tempat aku mengadu. Dn,kini masalah aku belum selesai. Final dh makin dekat, assignment bnyk lg belom diselesaikan. Sehingga kini, Allah masih belum menjawab segala aduan dn persoalan yg aku lontarkan. Tp aku tahu dia mendengarnya dn menunggu saat yg paling sesuai utk menjawab doa2 aku itu. Yg paling aku takut, segala doa aku berkenaan ngan cinta sesama manusia mesti dijawab dgn satu jawapan yg merobekkan hati aku yg lemah ini. Ya, kekecewaan yg sering aku dapat sebagai jawapan. Aku juga manusia,hati ini juga memiliki perasaan cinta tp kenapa ia perlu berakhir begini. Happy ending tidak pernah wujud dlm realiti, kemanisan cinta yg diuar-uarkan oleh sebilangan pihak adalah omongan kosong yg buta lagi menipu. Oleh sbb itu, aku perasan sedikit demi sedikit aku menjadi seorang lelaki yang membenci cinta. Semua perempuan adalah sama shj mengejar kesempurnaan pada seorang lelaki sedangkan diri mereka masih lagi dihiasi dgn kecacatan. Tp org selalu jgk menyebut pasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain. Hurm, benda ni aku tk yakin lagi 100 peratus.

Kepada crush di hati aku ini......Walaupun aku tahu dia tkkan tahu pon pasal kewujudan blog ni. Kewujudan aku pon hurm, ntah la :p. Kata orang pasangan couple yg paling sweet ialah masing2 tidak tahu bahawa mereka saling mencintai, tetapi setiap hari mereka doakan antara satu sama lain. Oleh itu, walaupon aku ini mungkin kala ini dianggap sebagai cinta bertepuk sebelah tangan sbb yalah dh mmg itu tkdir aku. Tp aku selalu doa, andai awak adalah orang yang diciptakan untuk saya saya harap Allah sentiasa merahmati diri awak. Biarlah, Allah simpan diri awak hanya untuk saya jew. Tetapi. jika sebaliknya saya memohon sangat biarlah Allah gantikan diri awak dengan bidadariNya di syurga kelak. Utk pengetahuan awak, setiap hari lepas kelas, saya akan sentiasa memandang awak dengan penuh perasaan kasih sayang sehinggalah awak hilang dari pandangan mata saya ini. Lepas itu, barulah saya akan pulang. Setiap hari saya buat gitu, tanpa rasa jemu kerana memandang awak merupakan hiburan yg tiada tolok bandingnya bagi saya kala ini. Awak tahu saya masih ingat lagi setiap detik di mana senyuman yg indah terlahir di bibir awak itu. Comel sangat. Saya tk boleh nk puji benda ni depan org ramai, takut timbul fitnah. Maruah awak dan saya perlu dipelihara. Akhir sekali, saya mmg teringin sangat berbicara dengan awak.Mendengar suara awak, berbicara pasal kisah hidup awak dan saya. Awak boleh kongsi setiap masalah dan kegembiraan dengan saya. Saya sedia menjadi teman yg setia mendengar segala permasalahan dn detik manis awak kerana bg saya hati awak merupakan hati saya juga. Akhir kata utk malam ini, saya mintak maaf bnyk2 sbb tk mampu nk luahkan semua ni kat awak. Buat masa ini, perkara yg terbaik buat hati saya ialah untuk cuba utk berlakon seolah-olah saya tidak mempunyai apa2 perasaan kpd awak.Mungkin itulah yg terbaik buat hati ini. Ia sering dilukai, tp tidak pernah ada yg mengubati. Biarlah ia kosong tnpa sebarng suri yang mendiami bimbang sang suri hanya bertakhta buat seketika dn meninggalkannya tanpa sebarang kata. Tapi ketahuilah, andai umur kita masih panjang, kesempatan pon andai diberi oleh Allah suatu hari nanti awak pasti akan ketahui juga segala isi hati saya kala ini. Selamat malam, Nur. Semoga cahaya kemuliaanmu akan menyinari diri ku. Itu harapanku, dn semoga ia juga takdirku.....

Monday, April 30, 2012

April 2012, Satu sejarah

Assalamualaikum dn selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini tidak kira apa jantina, warna kulit atau tahap pendidikan anda, hanya satu sahaja yang saya pohon adalah Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah dn dipermudahkan urusan kita di dunia ini. Dan thanks a lot sbb baca blog saya ni, walaupon mostly isinya bnyk yg berkisarkan kehidupan seharian diri ini sahaja.

Oklah. Sesungguhnya di saat aku menulis kalimah di entry ini, jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.22 a.m maka bermakna April sudah pon berlalu meninggalkan kita semua. Segala kenangan manis dan pahit yang berlaku pd bulan ini, akan sentiasa terpahat dalam memori silam kita. Bagi aku sbg seorang law student bulan April ini adalah yang paling chaotic dan sibuk berbanding bulan2 sebelumnya pada semester 2 ni. Pada bulan ni,aku terpaksa menghadapi mid-term yang banyak, submission of assignment dan bnyk lg lah. Tp alhamdulillah, setakat ini aku boleh menghadapinya dengan baik. Mid-term exam? Hurm, boleh lah. Soalan campur2, tp mostly mmg payah la. Yalah, aku ni bukan pandai sangat dan yang paling penting penyakit lupa telah mula menyerang kembali. Yalah, dosa bnyk, taubat plk tk buat manalah hati ni senang nk terima dan hadam ilmu tue. Tp insyaAllah, aku akan cuba mengubati penyakit itu, dn diharapkan ALLAH akan membantuku. Amin.

Pada April ini, perkara yang paling menjadi bualan hangat tk lain dn tk bukan ialah perhimpunan Bersih 3.0 yang berlaku serentak di beberapa buah tempat baru-baru ini. Perhimpunan ini mendesak kerajaan pimpinan Najib agar mengabulkan 8 tuntutan yang mereka dakwa dapat membersihkan pilihan raya selepas ini daripada sebarang penipuan. Perhimpunan ini juga adalah susulan kepada desakan gerakan suara mahasiswa agar memansuhkan PTPTN. Mereka mahukan pendidikan percuma kepada semua lapisan masyarakat. Berkenaan perhimpunan Bersih itu, dikatakan pada mulanya perarakan itu berjalan dengan aman namun ia bertukar menjadi ganas selepas diprovokasi oleh pihak Polis yang bertugas. Ini menurut media yang berhaluan kiri. Menurut media kerajaan, mmg dri start lagi diorang bertindak ganas. Perhimpunan Bersih yang berlaku di ibu negara telah menelan nyawa seorang protestan. Menurut video yang aku tonton, kereta polis yang bergerak laju( aku tk tahu ia sengaja dipandu laju atau mmg hilang kawalan) melanggar segerombolan drpd orang yg sedang berarak itu. Drpd video itu, mmg sangat dahsyat. Selepas perhimpunan ini, aku banyak juga menerima pandangan drpd kawan2 law aku. Ada yang mengutuk perhimpunan bersih itu dn tidak kurang juga yang menyokong. Banyak alasan yang diberikan mereka tp yang paling famous ialah menganggu ketenteraman negara dan kebebasan berhimpun yang mmg telah di preserve di dalam perlembagaan kita.

Aku berfikir sejenak, selepas melihat secara keseluruhan perkara ini. Aku melihat dari sudut pihak yang menyokong dan yang mengcondemn perhimpunan ini. Dan aku datang dengan satu konklusi, bagi aku utk mengubah satu kerajaan yang zalim dan korup kita sendiri perlu siapkan diri dengan ilmu dan kekuatan. Bagi aku sebagai seorang pelajar, tugas aku sekarang ialah belajar. Persiapkan diri dengan segala ilmu yang ada especially ilmu agama sbb utk hanya ilmu Allah shj yg mampu mematahkan hujah orang yang menggunakan ilmu dunia dan manusia semata-mata. Di samping mencari ilmu, aku juga perlu melengkapi diri dengan ilmu kehidupan termasuklah ilmu politik. Keperibadian juga memainkan peranan penting. Kala ini aku dapat lihat semua ahli politik tidak mempunyai akhlak yang betul2 berlandaskan seorang pemimpin yang mengaku Allah itu Tuhan dan Rasulullah itu sebagai rasul yang wajib diikuti. Mereka hanya pandai berkata-kata, bahkan ada yang sestengah mereka bertopengkan pakaian sunnah utk menutupi sikap buruk mereka. Pemimpin yang betul2 berlandaskan kepemimpinan Rasulullah akan dihormati kawan mahupun lawan. Kalau pihak lawan boleh memperolokkan dan mempersendakan kita, ini bermakna ada yang kurang dengan diri kita. Mungkin dalam kita menyebut hadis dan ayat Al-Quran, kita tk sedar yg diri kita ada kekurangan dri segi aspek kepemimpinan dan hubungan di antara rakyat jelata. Aku bukan nk kutuk sesiapa tp kini aku sedang mempersiapkan diri utk menjadi pemimpin yang baik dari segi hubungan dengan Allah dan manusia sekelilingnya. InsyaAllah. Harapan aku ialah agar satu hari nnti aku bisa menjadi pemimpin yang adil buat rakyat negara ini. Bukan pemimpin yang hanya mementingkan bangsanya sendiri namun dlm masa yang sama memartabatkan kembali Islam sebgai agama yang unggul buat masyrakat dunia umumnya. Pemimpin yang disayangi kawan dan rakyat, dalam masa yang sama dihormati dan disanjungi musuh.

Saturday, February 11, 2012

Thanks GOD..............

Assalamualaikum guys.  What up??Today 12 of February 2012, once again i will updating this secret blog. My perfect holidays tk lama lagi akan berakhir. Hurm, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah juga halnya dengan pertemuan aku dengan makhluk yg bernama Holidays atau in Malay bermaksud cuti. I really enjoy every precious minute with you babe. Hahahaha.
   
Tk bnyk benda yg aku lakukan dlm waktu cuti ni. Layan How I Met Your Mother, main FiFA Manager 2012, tido, makan dn tengok tv. Hurm,aku rasa benda semua tue lah yg aku buat sepanjang cuti ni. Aku ni dh boleh diibaratkan mcm beruang kutub la cuma dlm versi yg kurus.Kik3. Ya, walaupon keje aku makan,tido jew tp badan aku ttp tk naik2. Ciiitt, this damn thin body. Oklah,cuti pon dh nk sampai ke penghujungnya dn aku akan menuju kembali ke rutin harian aku sbg seorang mahasiswa. Semua turun naik kelas, berdepan dgn buku yg beribu2 muka surat, berjaga malam dll terpaksa aku harungi kembali. That's a lie. Yes,aku rasa kehidupan aku tyme cuti dgn tyme aku belajar tkda bnyk bezanya. Time cuti aku main game, time kt U** pon aku main game jgk. Sampai tk tido plk tue semata-mata hanya utk bermain game. OK la terus kepada motif aku meng'update' blog aku pd pg ni. Sebenarnya tarikh 9 February amat bermakna dlm hidup aku. Mana tknya ada dua peristiwa berlaku dlm tempoh masa satu hari tue. Actually 9 hb adalah tarikh bersejarah result sem 1 akan diumumkan. Berdebar giler bila tarikh tue memunculkan dirinya setelah lama bersembunyi di balik tabir 6, 7 dan 8. Buat pertama kalinya aku tk bgtaw pon kat mak bapak aku yg result kuar ari tue. Yalah, aku yakin 100 peratus result aku kali ni mesti teruk gilerlah. Mana tknya baca buku pada malam exam sampai tk tido malam.Aku akui banyk masa yg aku gunakan pada sem 1 ni utk menangisi nasib malang aku ditempatkan dlm antara hell yg terdapat di atas muka bumi Tuhan ni. Oleh sbb tuelah, aku bnyk buat benda2 yg tk pernah aku buat selama aku menjadi mahasiswa di UiTM dulu. Aku dh biasa sgt ponteng kelas, tk buat homework yg lecturer bg, tk revise apa yg aku belajar masa lecture dll. Boleh dikatakan aku ni totally lost. Aku bukan lagi sabiq time asasi dulu. Aku bukan lagi sabiq yg gigih berusaha utk mendapatkan suatu kejayaan. Aku tkda langsung impression dn enthusiasism utk mendapatkan 4 flat at all cost. Hubungan aku dgn Tuhan jgn kata lah. Jauh giler rasanya. Solat Subuh dh mcm tkda langsung dlm jadual solat aku. Astaghfirullah. Begitulah sesatnya aku semasa aku berada di sem 1 di universiti tue. Kalau boleh, aku tk nk langsung berada dlm relung masa sem 1 tue. Aku rasa sgt hina dn jijik. Bukan setakat di mata Allah malah di mata manusia. Tkda bezanya aku dgn binatang yg melata kat muka bumi Allah ni. OK la, habis sesi muhasabah diri. Berbalik kpd cerita td.Pada paginya, aku pergi buat dental check-up sbb gigi susu aku yg belakang ni asyik berdarah jew. Boleh dikatakan setiap hari aku kena telan darah aku sendiri. Kalau sebulan cmni boleh jadi vampire aku. Result dikatakan keluar pada pukul 9 pagi. Time 9 pg tue, aku kena bertarung ngan kesakitan mencabut akar gigi. Mmg la time doktor cabut tue tk sakit sbb kesan ubat bius tp lps tue, Oh hanya Allah shj yg tahu. Balik jew drpd klinik aku terus bkk uum portal. Pergh, slow giler nk bukak gua cakap sama lu. Tp bila aku bukak jew perasaan hampa menerjah minda, debaran bergema lagi. Rupanya result keluar pukul 3 ptg.Ciit, uum. Hidup berlandaskan penipuan.

Pukul 4 ptg (hurm,lebih kurang la rasanya).aku gi cek lg. Fuhhh, jem giler. Nk masuk pown tkleh. Si uni ni pon satu, kata bagus sgt. Server pon tk reti2 lg nk upgrade. Okla, benda cek ni aku buat pada pukul 6, 8, 9 dn seterusnya sehinggalah ke detik 9.30(lebih kurang). Ya, lastly aku berjaya gak bukak result aku. Guess what??? A miracle happens that night. I got 3.65 at my first sem as a degree student. Alhamdulillah. I really don't expect to get this kind of result as i look back at what i've done before. Usaha aku buat mmg tk cukup utk melayakkan aku mendapat result yg boleh dikatakan gempak jgklah bg org2 yg bodoh cm aku ni. Bnyk subjek2 yg aku bajet score (cis, perasan Dhla tk study pastue pandai2 bajet gempak plk) mengena. Lady luck shines on me. Tp perkara yg paling aku terharunya ialah selepas apa yg aku lakukan tp Allah ttp menolong aku. Mungkinkah ini satu hidayah drpd Allah supaya aku kembali bertaubat dn berusaha utk menggapai kejayaan??Hurm,aku harap cmtue lah Semoga lps ni hidayah Allah terus menyinari sisa2 perjalanan hidup ini. Apapon, bnyk jgk classmate aku yg dpt dean list utk result sem ni. Mungkin aku bukan budak yg bijak sbb course mate aku yg lain pon dpt 3.5 and above jgk dn aku yakin 100 peratus diorang tue mesti 3.9 and above. Aku rasa result aku yg paling teruk sekali dlm kelas aku. Huh, tp yg penting aku dpat apa yg aku nk. And i nailed it!!!!!!!!!




Thursday, January 19, 2012

Goodbye awsful 2011, Hello perfect-to-be 2012.......

2011 sudah berlalu meninggalkan kehidupan aku. Segala kenangan pahit atau manis yang berlaku pada tahun tersebut kini tidak lain hanyalah sekadar sejarah yang kini tersisip kemas dalam diari sejarah hidup manusia bernama Muhamad Sabiq bin Mohd Subri. Hurm, 2011................Banyak sangat perkara yang buruk berlaku dalam hidup aku sepanjang 2011 menjalankan 'tugas'nya. Antaranya ialah peristiwa tangan kiri aku yang dislocated time aku main futsal kat kenanga. Masa tue hanya Tuhan saja yang tahu betapa siksanya penderitaan yg perlu aku tanggung. Aku dapat rasakan ketiadaan salah satu nikmat yg Allah bg merupakan salah satu bala yg amat besar. Jd, aku berpesan kepada semua yg di luar sana termasuklah aku yang sedang menaip baris2 ayat ini supaya sentiasalah bersyukur dan menjaga segala anggota badan pinjaman ALLAH ini sebaik-baiknya. Nama pon barang pinjam, agaknya korang marah tak kalau kawan2 korang pinjam barang korang contohnya baju. Tapi time nk hantar baju tue korang dapati baju tue dh terkoyak. Begitu jugalah kias utk segala nikmat pinjaman yg Tuhan pinjamkan kepada kita ini. Selepas itu peristiwa aku dapat pointer yg amat rendah pada sem akhir asasi. Pointer yg amat rendah itu menyebabkan aku berkabung hampir sebulan lamanya. Truthfully, aku tkkan devastated sgt kalau aku dapat pointer rendah dan usaha aku tue tklah seberapa sgt. Tapi kali ni, aku yakin sgt dapat achieve at least 3.5 sbb segala macam kes, segala macam act dn tk kira lagi segala bahan rujukan yg berkaitan aku hafal.Mmg rasa yakin giler la time tue, dn bila tgk soalan exam pon rasa cm nk nangis jew sbb aku yakin dapat score gila2 punya la. Tapi panas yg kusangkakan berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari aku dapat pointer yg rendah giler. Mungkin pointer aku rendah sgt sbb gred utk ekonomi aku hanya cukup2 makan utk lulus je.(ciit, ekonomi). Peristiwa yg seterusnya ialah pengalaman aku menghadiri temuduga utk kemasukan ke UKM dalam kursus Undang-Undang. Segala macam temuduga aku yakin telah lakukan yg terbaik tp nk wat cmner aku ni mmg suck dlam bab temuduga ni. Ya, aku gagal dalam temuduga tue. Damn, interview!!! Dan perkara yg paling menjadi landmark utk tahun 2011 tak lain dn tak bukan ialah penerimaan berita malang yang aku akan menghabiskan my precious years study at UUM, Sintok. Peristiwa inilah yang paling meruntunkan hati aku sehingga kalau boleh aku mahu buang tahun 2011 dlm tahun2 yang pernah aku lalui. Sehingga sekarang aku rasa takdir yang meletakkan aku kat UUM ni, tkkan dapat aku terima sama sekali walau sehingga aku menghembuskan nafas terakhir sekalipon. Mmg la peristiwa tue berlaku pada tahun 2011 tapi kesan dan penderitaan yang terpaksa aku alami akan sentiasa berulang-ulang selama 7 sem yang akan mendatang ni. Ok,aku stop utk bincang pasal bab natang UUM ni sbb semakin lama aku teringat pasal benda sial ni semakin pedih rasanya luka yg sentiasa berdarah di hati ini. Aku rasa sepanjang 365 hari di 2011 only 2 moment yang aku rasa bahagia yg tidak ada pada tahun2 lain. The first moment ialah saat di mana aku berjaya mendapat band 4 dalam MUET selepas percubaan kali pertama menemui jalan kegagalan. And the second moment ialah ketika aku bersama rakan2 aku di UiTM Shah Alam dulu. Walau seribu tahun berlalu, segala macam kenangan yg berlaku pada tahun itu tkkan mungkin sama lagi. Kenangan itu terlalu suci dlm minda dn juga hati ni. Dan yang penting bandar Shah Alam dan Kuala Lumpur...................Oooh,aku rindu kalian. Dn kepada Sintok,Changlun dan negeri Kedah..GO TO HELL!!!!! Antara negeri yang aku tkkan pernah jejak selepas aku belajar kat natang universiti ni ialah Kedah.


Welcome 2012!!! Dh lama aku menunggu utk berada di ruang masa 2012. Tahun yg dijangka oleh segala macam manusia di muka bumi ini sebagai tahun di mana dunia akan menemui jalan penamatnya, atau secara ringkasnya KIAMAT!!!Oh, ya mmg ramai yang menjangkakan hari kiamat akan berlaku pada tahun ini. Tarikh spesifik tk dapat diketahui lagi tapi mungkin selepas dua tiga bulan nnti ada lah profesor yang akan kata tarikh itu, tarikh ini. Lumrah hidup, segala macam benda nk ramal. Padahal benda alah 2012 ni hanya berdasarkan kalendar kaum Maya. Bukannya berdasarkan dalil Al-Quran atau Hadith yg sahih. Aku bukan tk percaya 100 peratus pasal segala macam hoax berkenaan 2012 ni tapi utk pengetahuan korang manusia yg hina sekalian, ada sesetengah perkara yg berlaku di muka bumi ini berlaku berdasarkan sepenuhnya atas kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Seperi contohnya hari Kiamat, Allah dh kata yg moment tue hanya diketahui olehnya sahaja. Nabi Muhammad yg digelar kekasih Allah pown tak tahu inikan kita manusia yg setiap saat melakukan maksiat terhadap Allah. So, jgnlah nk ramal pasal perkara ni ok. Buat masa sekarang perkara yg terbaik buat kita semua ialah terus beribadat dn bertaubat sebelum tibanya hari yang dijanjikan tue. Kalau tk nk pikir sgt pasal hari kiamat pon cuba pikir pasal mati. Biarlah org kafir tue nk ramal benda alah kiamat tue. Diorang tue, agama pon tkda inikan pula nk ramal hari kiamat. Cuba korang renung sekejap, apa kelebihan diorang sehingga Tuhan bagi kat diorang kebolehan utk meramal hari kiamat. Daripada bg kat diorang, aku rasa nabi Muhammad penghulu kita yang layak utk diberi tahu pasal tarikh hari kiamat ni. Ya,tak???Ok,lah dh tiba tahun baru ni aku rasa setiap orang mesti ada azam yang tersendiri. Ada orang berazam nk kahwin, nk dapat sebanyak mungkin A + dalam SPM,nk jadi orang yang baik dm mcm2 lagi.Aku pon tidak terkecuali utk memiliki azam tahun baru.Inilah dia azam aku utk tahun ini:
  1. Utk menjadi lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.
  2. Solat dalam waktunya dan yg penting tkkan tinggal solat lagi especially Subuh.
  3. Dapat pointer 3.5 ke atas dalam setiap sem.
  4. Menjadi pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas aku sbg seorang mahasiswa.
  5. Memiliki seorang gadis sebagai pasangan couple. Pompuan tue mestilah cun.
  6. Utk membuat penampilan berjambang dn berjanggut.
  7. Utk mencapai semua azam di atas at least nombor 1,2,3 dan 4.
Aku rasa itu sahaja perkara yang aku nk kongsi utk pagi Jumaat ni. Tulis panjang2 pon kalau merapu tk tentu pasal tk guna jgk. Akhir kata dari aku, let rock 2012!!!!!!!!!!!!

Wednesday, December 21, 2011

Bukan marah cuma luahan hati jew...........

Hurm, masa berlalu semakin pantas. Tik tok, tik tok dah nk habis satu sem aku kat UUM ni. Ok,satu sem kat Malaysia ni 4 bulan saja yek and not 6 months that people always thinking to. 4 bulan mmg sekejap, bukan lama sgt pown. Dn final pown semakin menjelang tiba, satu habuk pown aku tk baca lagi. Arrgggh,stress bila memikirkannya.

Ok,lah post aku kali ni bukannya nk bercakap tentang final exam tp pasal benda lain. Pasal final exam, maybe aku post utk edisi lain kali saja lah. Truthfully, hari ni aku nk post pasal segala apa yg berlaku sepanjang aku berada di UUM ni. Kepada semua pro-UUM yg terbaca atau membaca post aku kali ni, don't worry babe aku tkkan kutuk pasal universiti kesayangan korang ni. Bukan apa, aku dh penat ngutuk tempat ni. Buat rugi jew. Hurm,dh bnyk dh aku melalut ni. Oklah,straight to the point. Post aku kali ni adalah berkisarkan kepada perangai manusia2 yg menuntut di Universiti ni.

Pertamanya, aku akan cerita pasal perangai jiran sebelah katil aku. Namanya sebenar tk boleh disebut di sini, tp cukuplah aku menamakannya Ba. Pada hari pertama, aku jumpa si Ba ni, aku dapt instinct yg dia ni oklah. Tk bnyk cakap,dn pembersih sikit lah orangnya. Anggapan aku pada mulanya, roommate aku kt sini tkda masalah. So, tenang la sikit hati aku.  Pada pertemuan seterusnya, dia belum lagi menujukkan taringnya yg sebenar. Ok pada kali ni, dia ada mintak permission aku utk pasang lagu. Aku akui pada masa tue aku ada bg permission utk dia pasang apa2 lagu yg dia sukai. Masa tue volume lagu yg dipasangnya, tklah kuat sangat dn bg aku setakat guna speaker laptop setakat mana sangatlah kuatnya. Malangnya, start pada hari itulah penderitaan aku ini bermula. Entah macam mana, aku tk sedar yg dia ada speaker bapak punya besar cam cpu laptop kat dalam bilik tue. Mulai saat itulah, boleh dikatakan setiap hari aku kena tahan telinga dengar lagu yg volume tahap giga. Kalu lagu Taylor Swift bolehlah aku layan, tapi ini lagu entah apa2 ntah. Dhlah lagu Melayu, eeee nk berbulu telinga ni. Itu baru problem pertama......tk masuk lagi problem yg kedua. Problem kedua, roommate aku ni ialah jenis yg tk suka privacy nya diganggu tp dia suka ganggu privacy org laen. Peristiwa ini baru saja berlaku pada aku, so cerita ni masih panas lagi la. Pada hari Selasa yakni semalam la, aku terbangun awal sbb aku belom solat isyak lg. Masa tue jam sudah pukul 4 .30 pagi la kowt. Lepas sembahyang isyak, aku wat la assignment ko-k aku. Pagi esok aku nk kena hantar natang tue. Sambil taip2 assignment aku tue, aku pasanglah lagu. Bunyi tklah kuat sangat, setakat volume berbelas-belas jew, itu pown guna speaker laptop. Aku taw bukan semua org suka dengar lagu Taylor kesayangan aku so volume yg aku tetapkan tue mmg ngam2 utk aku dengar jew. Lepas tue, azan subuh pown berkumandang dn aku pown terusla ambik wuduk dn solat.Pada masa tue, akua da nmpk dia macam gelisah jew atas katil seolah-olah tindakan aku keluar bilik tue macam menganggu ketenteraman tido dia la. Then, entah cm mana dalam pukul 6 lebih dn nk dekat pukul 7 ibu pulak mesej. Memang kuat la mesej alert aku, sampai aku pown terkejut jgk la. Aku terus cepat2 tutup alert tue, takut ganggu roommate aku la. Tp tk semena-mena, roommate aku tue tiba2 dlm nada cm sedikit tk puas hati sound aku. Dia kata, lain kali jgn buat lagi perkara tue( bunyi mesej2 kuat), sebab dia terasa. Dalam hati aku ,aduhhhh. Perkara yg sikit cmtue, pon ko dh nk terasa. Dia ingat bunyi mesej aku yg kuat tue seolah-olah sindir dia supaya bangun dn sembahyang subuh. Aku terus terkedu, pada masa tue. Hilang semua mood aku nk wat assignment. Eh, kalu aku nk suruh org masuk syurga sekali pown, tkda masa aku nk drag ko skali la. Tkda keje aku nk suruh ko masuk syurga skali ngan aku. Piraaaaaaahhhhhhhhhhhhh.......Aku baru terdetik, perasaan ko jew yg ko pikir habis perasaan aku ni ko pernah tk consider??Depan senior2 yg lain boleh dia tk ngaku yg aku ni roommate dia. Hina sgt kew aku ni sampai aku ni ko tk iktiraf sbg roommate ko. Itu bukan lagi kkes kat dinner BSN tempoh hari. Sedap2 jew ko ambik semua gambar budak2 BSN lain tp time ko nk snap gambar kawan2 yg duduk SEBELAH aku, boleh ko alih kamera tempat lain. Kwan2 aku gelak2 jew kt aku. Hina sgt kew muka aku. ok,aku bukan sentap sbb ko tk ambik gambar aku. Eh, sorry la. Bukan taraf muka aku la, nk masuk album BSN. Tp sekurang-kurangnya, jagalah perasaan aku. Cuba korang bayangkan apabila lensa kamera dh fokus kat area ko berada tp bila detect yg ko ada kt sebelah gambar yg ko fokus tue terus ko blah ambik gambar org lain. Mcm sial tk.....Ini tk kira lagi peristiwa yg aku kena kunci slps ambik wuduk kt tandas sblh. Tp selepas semua yg terjadi ni, aku masih lg senyap jew. Org mudah saja judge situasi aku. Kondem aku yg problem dlam masalah ni. Eh, cuba korang duduk dalam situasi aku. Aku nk tahu brapa jam hari korang boleh tahan.....Aku yakin tk sampai seminggu korang dh pindah masuk bilik org lain.

Ok, itu pasal roommate aku. Ini plk pasal kawan sekelas aku yg skrg tgh sentap kat aku. Aku tk tahu reason sebenar dia sentap kat aku, tp yg aku tahu dia mmg terasa giler ngan aku. Nama tk boleh disebut di sini, cukuplah aku gelarkan dia Z.Mengikut pemahaman aku la, kawan aku ni sentap sbb aku hantar assignment komputer pada hari Selasa sedangkan sebelum ni aku ada bgtaw kt dia yg aku nk hantar hari Rabu. Eh,perkara kecik cmni pown nk sentap. Come on la....Sedap2 dia tuduh aku lupa member la seolah-olah aku ni pentingkan diri sendiri. Aduuhhh,ni pown satu hal.Aku ngaku yg aku ada cakap yg aku nk hantar assignment individu aku pada hari Rabu sbb copy yg aku harapkan dripada kawan aku tue tk sampai lg kt tangan aku. Tp entah cmner, pd hari Selasa tue kawan aku bawak copy tue dn aku pown apa lg edit siki2 dn teros la hantar. Pada pendapat aku, wat apa nk tangguh lagi. Tp kawan aku ni sentap plk.Eh, aku nk tanya ni ada kew aku suruh ko antar assignment tue skali ngan aku.Hurm tkda kan????Jd, wat apa ko nk sentap ngan aku. Pada aku, mmglah aku nk antar lewat assignment tue tp aku tk pernah drag orang lain supaya antar lambat skali ngan aku. Pada aku, kalu nk kena tindakan biar aku sorang jew yg kena sbb aku yg bermasalah. Aku paling pantang drag org lain utk dihukum  atas kesalahan yg aku lakukan. Kawan aku yg satu ni yg aku panggil dia N, bila aku ceritakan situasi aku ni sedap2 jew dia kata yang both of us keras kepala. Utk pengetahuan si N ni, kalu aku keras kepala aku tk dtg bilik si Z semalam. Dalam bilik tue, aku ni ibarat tunggul langsung tidak dipedulikan. Siap aku seolah-olah dihalau lagi dri bilik tue. Tp aku tetap jgk dok dlm bilik tue, sbb aku masih lagi pikir perasaan marah dia kat aku tue mungkin sekejap jew. Tk lama lg, sejuk la tue. Hurm, tanggapan aku tue jauh tersasar, ntah ada dlm setengah jam jgk aku dlam bilik tue tp dia masih jgk dingin kt aku. Aku tros blah lpas tue, tp bukan sbb aku keras kepala tp sbb aku kena jaga jg maruah aku. Selepas beberapa kali, disuruh balik tkkan aku nk stay jgk. Maruah aku ni bukan bahan mainan. Utk si N ni jgk, kalu diikutkan keras kepala aku ni, dh lama aku sentap ngan both of them. Boleh dikatakan setiap kali aku masuk bilik si Z, aku mesti kena kutuk ngan si N ngan Z ni. Papan lapes la, kurus la, tk hensem la itu tk termasuk lagi kutuk sekolah ngan negeri Kelantan. Mmglah sekali dua aku boleh consider gurauan tp kalu dh berkali-kali boleh panas jgk hati ni. Tp aku ni jaga hati kawan, aku tutup kepanasan hati aku ni dgn gelak dn senyuman. Diorang sedap jew kutuk aku kurus tp diorang ada tnya kenapa aku kurus? Diorang taw tk yg aku pernah makan nasi putih ngan kicap jew sbb bapak aku tkda duit. Diorang pernah tk balik rumah jalan kaki berkilo meter dri sekolah sbb duit yg sepatutnya digunakan utk tambang bas cukup2 jew utk belanja utk hari esok. Kat rumah aku, peti sejuk tue boleh jd tempat labah2 bersarang dh. Sehari dua jew berisi, kalu tk mmg kosong la peti ais tue. Diorang pernah alami tk keperitan hidup yg aku rasa selama ni. Tk pernah kan??? Si Z ni  plk sedap jew kutuk Kelantan ngan sekolah aku, tp aku nk tnya pernah tk aku kutuk negeri hitam putih ngan sekolah dia? Kutuk2 aku ni tk hensem, demand besar,sampai kan pernah sindir aku tgk cermin dulu la muka sbelum ada niat nk pompuan yg lawa.Ya, aku akui muka aku ni buruk, nampak tua sampai kena kutuk security guard sbb aku pakai jaket keje bapak aku. Mmg muka aku ni tk hensem mcm korang la( walaupon pd hakikatnya lebih kurang jew ngan tahap muka aku) , tapi semangat persahabatan aku ni tinggi. Aku bukan membangga diri tp Abng Nizam pernah cakap kat aku yg aku ni mmg baik sgt sampai org boleh pijak atas kepala aku. Aku akui aku ni lembut sikit.Tenang dalam berkawan. Korang kutuk2 aku ni security guard sbb jaket bapak aku mcm baju jaga tp korang kena ingat dengan hasil kerja bapak aku ngan pakai jaket tue lah, aku boleh berjaya walau sekrang aku dok kt UUM jew. Pasal negeri plk, jgn bngga sgt la dengan negeri dgn parti yg ko sokong tue. Mmglah aku akui aku bukan anak Kelantan tp bapak aku org Kelantan so bila ko kutuk2 org Kelantan aku secara tidak lgsung akan terasa.Kepada si Z ni,kalu ko kata aku lupa member ko kena pikir balik pernah kew aku lupa ko sebelom ni. Kalu nk pergi klas mesti aku ketok dulu pintu ko. Setiap hari aku wat cmtue, bukan apa takut ko ni terlupa kew, tk bngun tido lg kew. Kadang2 aku sanggup tunggu ko bersiap punya lama, utk bersaing sekali utk ke klas. Pd aku kalu lambat pon biarlah bersama. Benda2 lain aku malas nk cakap lg, ko pikirlah sendiri. Oh, ya pasal profile facebook yg aku wat menggunakan nama yg ko banggakan sgt tue. Utk pengetahuan ko, tk terlintas pown hati aku nk guna akaun tue utk kacau Si T tue. Lagipon aku sedar, tkda gunanya aku nk usha awek2 ni. Muka aku bukan hensem sgt, hidup miskin, bodoh, tk dapat JPA. Semua kekurangan yg ada atas muka bumi ni semua ada pada aku. Aku ni loser, korang jew la yg superior.

Akhir kata, kpd semua yg terasa dgn luahan aku kt atas tue, aku mintak maaf bnyk2. Aku bukan sengaja nk malukan korang tp kesabaran aku ni pon ada limit dia. Thus, faham2 sendiri la. Aku tknk cakap bnyk2, marah2, emo sampai jumpa pown tk tegur. Aku bukan jenis yg cmtue. Kpd yg tk baca post ni utk suka2, cubalah selami apa yg pernah aku alami ni. Cuba berada di tempat aku. Berapa lama korang boleh tahan......................Setahun?Sebulan?