Saturday, October 29, 2011

Forever and always...........

FOREVER AND ALWAYS...............................Itulah tajuk blog aku utk kali ini setelah sekian lama diri ini menyepi tanpa berita. Sekilas pandang mesti korang pernah terdengar tajuk blog aku ni dalam salah satu lagu Taylor Swift kan?????Hahahaha. Aku sengaja mengabadikan tajuk lagu my lovely one itu ke dalam salah satu tajuk blog aku sbb sebagaimana lagunya entry aku kali ini jgk mempunyai makna yg mendalam dlm diri dn sanubari jiwa ini.

Aku baru sahaja usai berbalas pesanan dgn kawan aku di UiTM,Abid Husin. Perkara yg pd mulanya hanya berkisarkan pasal kemenangan menakjubkan Arsenal ke atas Chelsea mula meleret jauh ke kisah keadaan di UiTM sana. Sungguh aku tidak dapat menipu diriku sendiri bahawa aku sgt merindui kenangan2 indah dn pahit ketika aku berada di sana suatu ketika dahulu.Walaupon jarak masa yg memisahkan aku dgn saat terakhir aku meninggalkan UiTM belom lg menjangkau usia 1 tahun tp kerinduan yg aku alami seolah-olah aku sudah berpisah dgn kehidupan di sana berabad lamanya. Aku masih ingat di saat aku berjalan kaki menuju ke kelas di Cempaka 2.Walaupon jam sudah menunjukkan jam 8:45,tp aku masih lg berjalan seperti itik pulang petang. Kengkadang, aku berlari laju dri Perindu ke Cempaka sbb tertinggal kertas assignment.Arrghhh,kenangan itu mmg manis. Pada malamnya pula tyme aku lepak ngan kawan2 kt kedai makan.Ada dua tempat jew yg menjadi destinasi kitorang, seksyen 2 atau seksyen 7.Di seksyen 2, juadah yg biasa aku order mestilah nasi goren paprik atau nasi goreng ikan masin dgn lauk tambahan tomyam daging.Minuman mestilah air carrot susu atau kalau lapar sgt ABC yg diatasnya aiskrim yg menyegarkan tekak. Mmg kat sana boleh dikatakan syurga makanan lah.Semua benda ada, harga pown berpatutan. Time barang keperluan asasi mcm sabun atau deodoran dh habis,aku tk perlu risau sbb supermarket Giant dekat jew ngan kampus aku.Kalu jalan tk sampai pown setengah jam. Kalau nk makan makanan mamak,seksyen 7 adalah solution nya. Roti nan yg aku tk pernah makan sebelom ni ibarat bersepah di sana. Hahaha.......Tp itu semua hanya memainkan peranan kecil shj dlm menyemarakkan kerinduan yg besar dlm fikiran aku ini.Perkara yg paling aku rindukan semestinya kawan2 di UiTM sana.Nilai kehadiran diorang dlm hidup aku tidak ada taranya dgn segala mcm emas di atas muka bumi ini.TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN SBB MENJADI SEBAHAGIAN DLM HIDUP AKU,TERIMA KASIH UiTM KERANA MEMBERI PELUANG KPD AKU UTK MENJADI SEBAHAGIAN DRPD SEJARAH PERJALANANMU UTK MENDIDIK ANAK BANGSA PADA MASA AKAN DATANG.TERIMA KASIH SEMUA!!!!!!!!


Tp kini.......................
Aku tidak seceria dahulu lg. Keghairahan aku utk memburu cahaya ilmu tidak seutuh dulu lagi. Kehidupan yg indah yg ku harapkan berpanjangan tidak menjadi kenyataan.Ianya hancur musnah ditelan kenyataan di tengah jalan. Tiada lagi kehidupan yg ceria, yg ada hanyalah kebosanan yg mencengkam, tiada lagi kebebasan yg abadi, yg wujud hanyalah kongkongan yg membinasakan dn yg penting tiada lagi rakan yg menjadi tempat aku bergurau senda yg ada cuma individu yg kehadirannya sekadar menjadi pelengkap kehidupan aku sehari-hari.Dunia aku berubah dlm sekelip mata. Kini,aku berada di nun jauh di pedalaman. Hanya pokok hijau yg di sisi dn langit biru yg masih setia memayungi hamba Allah ini. Sudah sebulan lebih jgk,aku menuntut di UUM ini. Jika dulunya,aku bisa utk menahan gejolak kemarahan dgn titis2 kesabararan tp itu tidak memadai. Sering kali aku merenung nasib diri ini dn cuba utk meredhai apa yg telah terjadi namun aku tk mampu. Aku tk mampu Ya ALLAH!!!!Utk meredhai segala qada' dn qadar yg telah kau persiapkan utk diri ini bagiku lebih berat dri memikul segala gunung-ganang yg bertapak kukuh di bumi ciptaan-Mu ini.Iman ku belom cukup sempurna lagi, masih ada lagi carik2 ketidaksempurnaan yg belom mampu lg utk aku menampalnya. Mungkin ada sesetengah orang yg berfikir  kenapa aku tidak menulis di blog ini berkenaan dgn pengalaman aku mendaftar sbg pelajar baru di UUM, atau sekurang-kurangnya kehidupan aku setelah bergelar pelajar UNDANG-UNDANG di uum. Aku bukan tidak mahu menulis pasal pengalaman itu tp setiap kali jari ini mahu menari rancak di atas permukaan keyboard laptop ini,setiap kali jgklah otak aku seakan-akan berhenti berfungsi. Ia ibarat sebuah mimpi yg gelap, tidak dpt diungkapkan dgn kata2 lain selain HITAM. Kehidupan di sini tidak sama seperti dulu lagi.Aku ibarat manusia yg terperangkap di dlm mimpinya sendiri, yg menunggu masa utk roh kembali ke jasad bg menamatkan penderitaan tersebut. 


Tidak sopan rasanya bg diri ini utk membuka segala pekung UUM di sini. Biarlah ianya tersimpan rapi di ingatan sebagai satu sejarah pahit yg pernah berlaku dlm kitab diriku. Sehingga hari ini,aku masih tiada rasa diri aku ini dimiliki oleh universiti ini. Sehingga hari ini, aku rasa besyukur kerana dapat melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang tp aku still tidak dapat redha yg aku ditempatkan di UUM. Aku berharap sgt agar penderitaan aku berada di sini dapat ditamatkan dgn segera. Aku tk mampu utk menahan cubaan ini..............Biarlah masa terus berdetik pantas.