Fuhhhhh, minggu yg penuh kejutan dn penyiksaan hampir saja berlalu tk lama lg.Hope the future week will be one day in heaven to me.Eh, lupa plk.Assalamualaikum salam sayang,salam rindu aku titipkan pd semua reader blog ku yg happening ni(happening kew???-_-').Dh lama jgk aku tk update blog aku ni,rasa-rasanya ada dekat seminggu tp tkpalah at least aku update jgk,kan???Buat reader yg telah merindui aku,sedang merindui aku atau bakal merindui aku aku hargai sangat kerinduan korang tue.Pujangga pernah bermadah(entah ye atau tak aku tak pasti,hentam jew ni),rindu itu tandanya sayang.Kik3.
Ok la,berbalik semula pada tajuk aku yg terpampang besar kat atas tue.Kalu korang rasa post aku kali ni nk bincang pasal kecantikan kew,warna kulit kew,cuaca kat Kelantan kew aku mintak maaf bebanyak tp korang dh silap besar.Cuba lg la laen tahun.kik3.Post kali ni aku hanya nk ulas pasal satu benda yg paling aku geruni atas muka bumi yg landai ni..................tk laen tk bukan RESULT!!!!!!!Sori la Wan,tp post aku ni mmg tkkan ada ayat2 jiwang aku yg ko tagih sgt dri aku tue.Terbaek......
Ari Isnin tanggal 11 hb April 2011 maka diumumkanlah result sem 2 bg plajar asasi LAW UiTM di student portal.Aku mmg nantikan sgt2 result ni,eager gila kowt bukan apa exam final itulah buat kali pertamanya aku mmg usaha betol2.Urat otak aku ni mmg dh bersimpul-simpul dh masa exam itu hari.Semua benda aku hafal,nasib baik index ngan muka surat tue tk masuk exam jew kalu tk ngan dua2 benda tue aku tibai siang malam.YAKIN GILER kowt..............
Tp itu sebelom..........................................
Slps dh login student portal dn cek result aku.Aku tergamam sebentar di hadapan lappy aku yg tk brapa betol dh skrg ni.Perkataan pertama yg aku sebut, wei,bapak terok result aku ni.Tk caya giler.Aku tgk semua kod kat tepi tue,nasib baik semua bertaip LU kalu tk aku rasa boleh koma aku pg tue.Bila tgk gred aku mmg tk caya lgsung,mana tknya semua yg aku target A mmg jauh punggung dri api jauhnya.Memalukan betol.Teros aku bgtaw mak bapak aku pasal result aku tue.Yg peliknya diorang relax jew tp diorang concern jgk.Diorang cuma tanya boleh sambung law lg tak???Aku cuma angguk acuh tk acuh,hmmmmmmmmm nk sambung law????Mmg memerlukan miracle from Almighty la.
Tp miracle akan berlaku jgk kan?????Ha'ahla akan berlaku,setiap satu abad sekali.Berkenaan ngan result aku,terok tue mmg tk terok sgt di mata lay men tp bg aku yg bukan ordinary ni result aku ni mmg sgt memalukan dlm kamus sejarah hidop aku.Malu giler ada result mcm ni dlm sejarah hidop aku.Wua3.Ibu aku menenangkan aku,ayah plk macam biasa la relax jew tp aku taw hati both of them mmg remuk giler.Al-maklumlah anak sulung kan,obor keluarga ni.Itu pointer keseluruhan aku,pointer kptm aku pon mmg la nk kata terok nnti org kata tk bersyukur la,kufur nikmat la.Aduhhhh,tp aku kena akui pointer kptm di tahap ok.Nk kata cemerlang sampai 4 flat mcm langit ketujuh ngan kerak bumi la,tp bolehla.
Sebenarnya,bila dibelek-belek balik sejarah hidop aku ni mmg dh lama aku ni kemaraukan kejayaan.Bukan sukses yg biasa2 tp sukses yg giler2,fantastik,bombastik mcm zaman aku sebelom aku jejak kaki ke tingkatan 4.Aku rindu sgt masa tue.Mmg masa tue boleh dikira zaman emas la,dn zaman yg aku tgh lalui ni ialah zaman gelap dn zaman kejatuhan.Hidup ini umpama sebuah empayar agung di atas muka bumi ni.Setiap jiwa di atas dunia ni menerajui empayar diri masing2.Perkara lumrah bg sebuah empayar ialah adanya zaman kejatuhan,zaman kebangkitan,dan zaman emas.Masalahnya zaman kejatuhan aku ni lama sgt dn aku tk tahu apa puncanya sampai empayar yg aku pimpin ini boleh terperosok jatuh sehingga ke magma bumi ni.Aku ada bertanya pd mak aku dn kata mak aku simple jew,"Ibu nmpk ko ni sejak habis tingkatan 3 semakin jauh dri Tuhan.Kalu dulu setiap hari gi masjid skrg usahkan nk gi masjid sembahyang pon lewat padahal kat umah jew.Ngaji mmg jauh skali la".Aku terkedu sebentar,dn semenjak dua menjak ni otak aku teringat balik kata2 mak aku tue.Mgkin betol kata mak aku tue.Aku akui mmg aku sgt jauh dgn Tuhan.Aku ni bnyk dosa,fikiran,perkataan sentiasa berbalut ngan plastik dosa.Aku juga akui lps habis tingkatan 3 tue,aku mula rasa bongkak.Bg aku,akulah budak paling bijak atas muka bumi ni.Semua kejayaan semua A aku boleh dpt.Aku perlekehkan org di sekeliling aku.Aku lupa siapa diri aku sblum aku berjaya.Sebelum aku berjaya,semua org hina aku budak bodoh,tkda masa depan.Dn setiap kali aku kena caci setiap kali jgk lah aku nangis sorang2.Tp lpas aku dh berada di atas,aku mula lupa daratan.Usaha yg dulu setiap malam aku curahkan,skrg tiada lg.Perkara ni berlaku atas diri aku until i reach foundation.
Skrg,malam ni,detik ni,saat ini aku mula sedar.Banyak dosa aku,jauhnya aku dri realiti dunia yg sebenar.Jauhnya jgk diri aku dri diri aku yg sebenar.The REAL SABIQ.
Future aku skrg entahla nk kata cerah sgt pown tk boleh,nk kata gelap pown tk masuk akal plk.Tp hati aku sentiasa aku sematkan,i can proceed to BLS.Aku boleh sambung law lg,aku tkkan biarkan cita2 aku utk menjadi lawyer berkubur tidak bernisan dlm dunia impian aku.Ibu aku pown sentiasa bgtaw aku yg aku boleh sambung degree in law.Dia yakin.Ayah aku plk kata kalu ditakdirkan tk boleh sambung law dia suruh aku dalami ilmu agama banyak2.Aduhhh.........Jd ustaz la aku kalu mcm tue.Aku bukan tk nk jd ustaz tp aku tk serasi lgsung ngan kerjaya tue.Ibarat planet pluto ngan matahari la jauhnya.Berkenaan ngan ustaz ni,mak aku ada sembang ngan aku pasal impian dia dulu2.Dia kata anak sulung dia ni dia nk menjadi imam besar masjid negara.Gah di mata dunia dgn jubah hitamnya,jg tinggi di mata mata ALLAH dgn ilmu agamanya.Tp lps lama2,dia tgk aku ni membesar dia rasa aku ni tk sesuai jd imam.Mgkin dia rasa perangai aku ni terok kowt(sob3),dia tukar balik niat dia.Kali ni harap la aku ni jd doktor.Doktor pakar bius.Hahaha.Pown dia kata hati dia hancur,sbb naik jew tingkatan 4,Bio ngan Physic aku hancusss.Hehehehe.Skrg......aku tk nk hati mak aku hancur lg.Biar la dua tue hancur tp yg ke tiga aku tkkan biar dia hancur lg.Aku boleh jd peguam yg berjaya.Aku ada kredibiliti utk menjadi seorang peguam dn aku janji kali ni aku akan berusaha betol2 utk menjadi seorang peguam yg paling hebat di Malaysia ni.
Persoalan skrg,dgn pointer aku layakkah aku utk sambung degree in law nnti.Hmmmm,biar la Allah yg menentukan.Aku hanya mampu berharap dn menadah tangan.Sesungguhnya,aku ni insan yg kerdil di atas muka bumi ni.Tiada apa-apanya pd aku ni kalau Tuhan tk tolong aku.Allah is everything to us human.Without Allah,we are nothing in world and hereafter. Aku jg berharap semua pembaca termasuk aku tolong doakan agar aku boleh sambung law lg.Law dn jiwa aku ni dh seperti darah dn daging tk mmpu dipisahkan lg.
Buat teman-teman ku di J kalau kalian membaca post ini,maafkan aku sangat2.Especially buat AZIM RAZAK dn SHAZWAN,aku tk boleh nk reveal pasal result aku kat korang semua.Aku malu sangat2 ngan korang psl result aku ni.Aku akui aku ni mmg tk layak bersama ngan korang di klas J yg aku anggap sbg taman syurga di bumi UiTM ini.Maybe sudah tiba masa aku berpisah ngan korang,anggap jew aku bukan budak klas J lg.One piece of puzzle yg mewakili aku,korang boleh la ambik Sir Choy sbg gantinya.Sir Choy kan kita anggap sbg as a part of us jgk,kan?Tp jgn risau,walaupon aku tkda di J tk bermakna aku pergi mcm tue sj.Aku ttp akan ikuti perkembangan korang but as an invisible jew la.Aku mgkin boleh jauh dri korang tp aku tk mampu utk melupakan korang.Kan kita sebuah keluarga yg besar???Hahahahaha
Yg last paragraph ni aku tujukan buat seseorang yg istimewa di hati aku.......
Buat mu queen of my palace of heart,ketahuilah kau sentiasa bertakhta di hati aku sampai bila2.Aku cuba utk melupakan ko,dn buang perasaan cinta ni jauh2 dri lubuk hati ini tp tak boleh.Pintu hati aku ni dh tertutup serapat-rapatnya buat gadis lain utk cuba menaklukinya.Bukan rupamu yg ku jd kan ukuran utk cinta ini ttp nilai hati budimu yg mulia itu lah yg perkara yg plg bernilai di mana tk pernah aku jumpai dlm diri mana2 gadis yg kutemui.Slps melihat result aku yg terok tue,aku rasa sudah tkda gunanya utk aku mengimpikan kau menjadi suri dlm hidupku.Sesungguhnya,deep in my soul aku yakin kita ini jauh berbeza.Langit dn bumi itu jauh bezanya tp ia ttp saling memerlukan,peribahasa tk sesuai bg kita.Aku yakin kau tk memerlukan aku utk terus melayari hidup ini.Siapalah aku dlm hidupmu.Tp aku nk kau taw,kau sentiasa diperlukan buat aku.Kehadiranmu dlm hati ini walaupon sedetik cuma sudah cukup utk aku yakin bahawa akan sentiasa ada masa depan yg cerah bg aku di depan sana.Aku tk mahu perkara ini terjadi ttp aku rasa lebih baik aku lupakan kau dalam tempoh aku utk bangkit kembali drpd kegagalan ini.Aku bukan apa cuma andai aku jatuh dlm tempoh itu sakit dn pedihnya akan berlainan berbanding aku membawa kau bersama di hati ini dn dalam masa yg sama aku cuba utk membina kekuatan utk bangkit membawa empayar yg aku terajui ini ke zaman emas.Berkenaan janji yg pernah aku titipkan itu,aku akan cuba jg sedaya upaya utk menunaikannya.Tp kalau ko rasa ko dh temui org yg selayaknya bg kau,aku redha.Mungkin aku bukan sebaik Muhammad,sekacak Yusuf,sesabar Ayyub utk aku menjadikan bidadari dunia spt kau utk jadikan isteri aku.Dan InsyaAllah,kalau aku tk mmpu tunaikan janji aku tue harap kita boleh berjumpa di syurga.Amin.Love you always.
ada jgak jiwang kat last paragraph ni...haha
ReplyDeleterilek la..insyaALLAH kita bley smbg degree in law...even not in uitm anymore..
ayat yg last tue aku saja jew buat..........
ReplyDeleteKo kan sentiasa merindui ayat2 jiwang aku.hahahaha