Saturday, May 14, 2011

Happy 19th Forever............


Aku mulakan entry aku yg baru ini dgn pujian dn syukur yg setinggi-tingginya kpd Allah, Tuhan yg telah menciptakan aku dgn sebaik-baik kejadian..........

Alhamdulillah,as the title show above, i am now 19.Thanks God again for this blessed air and this perfect soul that You give to me until now.Sekarang umur aku ni dh pon 19.Bak kata mak aku,kalu kahwin dh boleh dpt 10 anak pown.Tp sebenarnya jauh di sudut hati,aku sebenarnya sedih.Aku sebenarnya bimbang.Bukan sedih kerana tk dpt mengecapi lg saat2 indah ketika di zaman remaja awal,jg bukan kerana bimbang sbb masih tk dikurniakan an angle for this unfair world.Tp sebenarnya aku sedih sbb semakin lama,diri aku ni semakin hampir dgn kematian yg pasti jgk menjemput aku.Aku taw tk lama lg Malaikat Maut pasti akan menemui aku hatta aku di mana2 sekalipon.Bukankah,maut itu pasti dn ia tidak akan cepat atau lambat walaupon hanya sesaat.Astaghfirulllah....

Dalam masa aku sedih,akal aku turut diselaputi kebimbangan.Bimbang kerana amal aku ni sudah cukup atau tidak utk dibawa menjadi bekalan di Akhirat kelak.Bimbang apakah dosa2 aku selama ini aku 'kerja'kan,adakah ianya sudah diampunkan Allah??Sekali lg aku mengucap panjang.Aku yakin dgn karat dosa yg penuh tertulis di buku amalan kiri aku dan ditambah pula dgn hanya secebis amalan baik yg aku kerjakan selama aku bernafas di dunia ini, aku tk akan mengecapi kebahagiaan di perkampunagn akhirat.Astaghfirullah.Mak aku pernah berkata, biar kita tk bahagia di dunia ini asalkan kita bahagia di Akhirat.Itu sudah cukup kerana Akhirat itu kekal, dunia ni sementara jew.Tp jika ditilik kembali amalan aku,dosa aku dn beberapa lg faktor lain mustahil aku bisa bahagia di sana.Ya Allah,aku sudah tk larat lg menempuh derita,mengecapi segala ketidakbahagiaan ini selama aku berjalan di hamparan bumi yg luas ini.Aku mahu sgt merasa kebahagiaan di Akhirat.Aku mahu merasa bahagia di sana Ya Allah.

Tp.......
Doa itu pasti saja ditolak Allah.Aku malu dgn mu Ya Allah.Mengimpikan kebahagiaan di sana,mahukan kejayaan di dunia tp amalan yg ku lakukan hanya seciput.Allah itu Maha Pemurah,Maha Mengasihani,Maha Penerima Taubat dn Maha segala-galanya.Segala sifat kesempurnaan itu ada padanya.Meskipun,aku ini tlh bnyk melakukan perbuatan yg tlh membuat dia murka tp Dia sekali-kali tidak behenti memberi nikmat padaku.Dia masih lg memberi aku udara agar aku bisa hela sedalam-dalamnya.Dan yang penting Dia MASIH MEMBERI AKU PELUANG UTK AKU BERTAUBAT!!!!!!!!!Subhanallah.

Arghhh,telah ku curahkan segala isi hati ini.Dan mulai saat ini,aku rasa sudah tibanya masa utk aku bertatih ke jalan Allah yg sebenar.Aku akui selama ini aku telah sesat.Aku diperdayakan sewenang-wenangnya oleh syaitan dn nafsu yg selama ini dgn bodohnya aku jadikan petunjuk utk aku melayari lautan dunia yg senantiasa bergelora.Ya,masa aku semakin suntuk.Bila2 masa sj lg Malaikat Izrail akan mengambil nyawa pinjaman ini kembali kpd Penciptanya Yang Maha Agung.

Selesai sudah luahan iman aku yg syukur ia masih lg ada dlm hati aku.Walaupon ia tidak sehebat iman para Salihin,tp selagi kehadirannya masih aku rasai,itu sudah memadai.Bukankah iman para manusia seperti aku ini boleh ditingkatkan lg????Kini,giliran akal aku pula meluahkan perasaanya.Aku akui semakin lama diri aku semakin malas.Malas utk membaca,malas utk manghafal,malas dlm segala-galanya.Kerja aku dri start cuti Universiti yg panjang giler ni,tk laen tk bukan asyik proses taik mata jew.Bangun tido terus makan,lps tue main game lps tue tido balik.Utk pengertahuan korunk,aku ni mmg alah sikit ngan komputer ni.Kalu tatap jew skrin komputer,tk lama lps tue aku mesti terlelap.Entah apa penyakit yg aku alami ni, aku pon tak taw mcm mana nk jelaskan.Hmmmm.....Memandangkan usia aku ni dh pon mula menginjak 19 tahun,aku rasanya sudah tiba aku pandang pada masa dpn aku.Tk sampai satu dekad sj lg,aku akan mula membina karier,membina keluarga.Andai keadaan diri aku ni masih sj seperti ini,statik tidak berubah masa depan aku pasti akan gelap.Cita2 aku utk menjadi seorang peguam yg berkaliber seterusnya memerintah dunia ini pasti akan hanyut dibuai waktu yg pantas berlalu.Keluarga idaman yg setiap kali hadir dlm ingatan ini pastinya tidak menjadi kenyataan.

Setelah melakukan sedikit muhasabah diri,aku yakin inilah detiknya utk aku mulakan perubahan.Masih belom terlambat utk melakukan perubahan.Lastly,aku nk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kpd semua kawan-kawan aku yg tk henti2 wish besday kat aku.Yg paling aku terharu sekali,kawan ketika di sekolah menengah still ingat lg besday aku.Thanks for all my friends.Hope our friendship blessed by The Almighty.Kpd yg tk wish tue,aku taw dn paham.Mgkin korunk sibuk agaknya atau aku ni bukan sapa2 pown dlm hidop korunk.Maybe tali ukhwah ini,masih belom lg berjaya menyimpul erat2 korunk semua.

No comments:

Post a Comment