Malam yg dingin ini mempunyai 1001 keberkatan dn kesedaran di dalamnya. Ia bukan sekadar menyamankan tubuh dn kulit zahir semata-mata tetapi di sebaliknya ia seolah-olah anugerah Allah utk mennyejukkan kembali kalbu ini yg sekian lama dimarak api kemarahan dn kekecewaan.Baru hari ini,malam ini,detik ini aku baru tersedar daripada hasutan syaitan yg dilaknat yg seolah-olah aku ini seperti lena tidak bermimpi.Terima kasih aku ucapkan kpd ibu ku yg tidak jemu2 memujuk hatiku yg duka lg lara ini.Bgnya kejayaan ada di mana2 dan sekali lg dia still meletakkan kepercayaan dn harapan yg menggunung di atas pundakku ini.Walaupon sudah dua kali aku mengecewakannya,tetapi hati ibu masih berbunga wangian harapan dn kejayaan yg amat diharap-harapkan drpd anaknya yg sulung ini.Terima kasih ibu.Along janji tkkan kecewakan lg.Along janji tkkan jatuhkan air mata ibu lg.Biarlah itu kali terakhir along tgk ibu menangis kerana kecewa pada along.Terima kasih jgk aku ikhlas titipkan kt classmate aku ni.Thanks odah sbb ko berjaya buat aku sedar sepenuhnya.Berjaya buat aku ukur kemampuan sebenar diri aku.Ya,aku bukan budak pandai jauh sekali genius mcm sesetengah kengkawan aku tue.Nasib ko yg lebih kurang aku jew tp ko lebih redha drpd aku.Hmmm,emosi lelaki ni kengkadang kuat jgk berbanding pompuan.Kik3.Thanks to both of you.
Malam ini jg aku sedar kejayaan itu boleh dtg dri mana2.Tidak kira Utara atau Selatan.Timur atau barat.Yg penting usaha yg lebih gempak drpd biasa.Kata2 aku yg selama ini disulami perasaan takbur amat aku sesali.Yg plg penting aku berdosa pd Tuhan kerana lebih yakin yg pilihan aku lebih tepat berbanding aturan Allah yg jauh sekali lebih bijaksana dn mengetahui akan masa dpnku ini.Astaghfirullah.Skrg,aku sudah boleh membuka pintu hati ini dn menerima takdir yg telah ditetapkan ini.UUM walaupon namanya tidak segah UiTM atau UM tp masa depan masih lg kabur di hadapan.Mungkin Allah tahu aku mampu menaikkan nama U ini.So,kpd suara2 sumbang yg menyindir aku kerana nama U yg bakal menjadi destinasi pengajianku selama 4 tahun ini,teruskan usaha anda itu.Tidak akan sesekali azam aku utk berjaya dapat korang lunturkan.COLGIS here i come!!!Let me make you proud.Air mata kekecewaan pada mulanya kerana tidak dpt memenuhi impian utk ke UKM,bakal aku tukarkan kepada senyuman puas di akhir pengajian aku kelak.
camtu la sabiq.. :)
ReplyDelete