Thursday, January 19, 2012

Goodbye awsful 2011, Hello perfect-to-be 2012.......

2011 sudah berlalu meninggalkan kehidupan aku. Segala kenangan pahit atau manis yang berlaku pada tahun tersebut kini tidak lain hanyalah sekadar sejarah yang kini tersisip kemas dalam diari sejarah hidup manusia bernama Muhamad Sabiq bin Mohd Subri. Hurm, 2011................Banyak sangat perkara yang buruk berlaku dalam hidup aku sepanjang 2011 menjalankan 'tugas'nya. Antaranya ialah peristiwa tangan kiri aku yang dislocated time aku main futsal kat kenanga. Masa tue hanya Tuhan saja yang tahu betapa siksanya penderitaan yg perlu aku tanggung. Aku dapat rasakan ketiadaan salah satu nikmat yg Allah bg merupakan salah satu bala yg amat besar. Jd, aku berpesan kepada semua yg di luar sana termasuklah aku yang sedang menaip baris2 ayat ini supaya sentiasalah bersyukur dan menjaga segala anggota badan pinjaman ALLAH ini sebaik-baiknya. Nama pon barang pinjam, agaknya korang marah tak kalau kawan2 korang pinjam barang korang contohnya baju. Tapi time nk hantar baju tue korang dapati baju tue dh terkoyak. Begitu jugalah kias utk segala nikmat pinjaman yg Tuhan pinjamkan kepada kita ini. Selepas itu peristiwa aku dapat pointer yg amat rendah pada sem akhir asasi. Pointer yg amat rendah itu menyebabkan aku berkabung hampir sebulan lamanya. Truthfully, aku tkkan devastated sgt kalau aku dapat pointer rendah dan usaha aku tue tklah seberapa sgt. Tapi kali ni, aku yakin sgt dapat achieve at least 3.5 sbb segala macam kes, segala macam act dn tk kira lagi segala bahan rujukan yg berkaitan aku hafal.Mmg rasa yakin giler la time tue, dn bila tgk soalan exam pon rasa cm nk nangis jew sbb aku yakin dapat score gila2 punya la. Tapi panas yg kusangkakan berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari aku dapat pointer yg rendah giler. Mungkin pointer aku rendah sgt sbb gred utk ekonomi aku hanya cukup2 makan utk lulus je.(ciit, ekonomi). Peristiwa yg seterusnya ialah pengalaman aku menghadiri temuduga utk kemasukan ke UKM dalam kursus Undang-Undang. Segala macam temuduga aku yakin telah lakukan yg terbaik tp nk wat cmner aku ni mmg suck dlam bab temuduga ni. Ya, aku gagal dalam temuduga tue. Damn, interview!!! Dan perkara yg paling menjadi landmark utk tahun 2011 tak lain dn tak bukan ialah penerimaan berita malang yang aku akan menghabiskan my precious years study at UUM, Sintok. Peristiwa inilah yang paling meruntunkan hati aku sehingga kalau boleh aku mahu buang tahun 2011 dlm tahun2 yang pernah aku lalui. Sehingga sekarang aku rasa takdir yang meletakkan aku kat UUM ni, tkkan dapat aku terima sama sekali walau sehingga aku menghembuskan nafas terakhir sekalipon. Mmg la peristiwa tue berlaku pada tahun 2011 tapi kesan dan penderitaan yang terpaksa aku alami akan sentiasa berulang-ulang selama 7 sem yang akan mendatang ni. Ok,aku stop utk bincang pasal bab natang UUM ni sbb semakin lama aku teringat pasal benda sial ni semakin pedih rasanya luka yg sentiasa berdarah di hati ini. Aku rasa sepanjang 365 hari di 2011 only 2 moment yang aku rasa bahagia yg tidak ada pada tahun2 lain. The first moment ialah saat di mana aku berjaya mendapat band 4 dalam MUET selepas percubaan kali pertama menemui jalan kegagalan. And the second moment ialah ketika aku bersama rakan2 aku di UiTM Shah Alam dulu. Walau seribu tahun berlalu, segala macam kenangan yg berlaku pada tahun itu tkkan mungkin sama lagi. Kenangan itu terlalu suci dlm minda dn juga hati ni. Dan yang penting bandar Shah Alam dan Kuala Lumpur...................Oooh,aku rindu kalian. Dn kepada Sintok,Changlun dan negeri Kedah..GO TO HELL!!!!! Antara negeri yang aku tkkan pernah jejak selepas aku belajar kat natang universiti ni ialah Kedah.


Welcome 2012!!! Dh lama aku menunggu utk berada di ruang masa 2012. Tahun yg dijangka oleh segala macam manusia di muka bumi ini sebagai tahun di mana dunia akan menemui jalan penamatnya, atau secara ringkasnya KIAMAT!!!Oh, ya mmg ramai yang menjangkakan hari kiamat akan berlaku pada tahun ini. Tarikh spesifik tk dapat diketahui lagi tapi mungkin selepas dua tiga bulan nnti ada lah profesor yang akan kata tarikh itu, tarikh ini. Lumrah hidup, segala macam benda nk ramal. Padahal benda alah 2012 ni hanya berdasarkan kalendar kaum Maya. Bukannya berdasarkan dalil Al-Quran atau Hadith yg sahih. Aku bukan tk percaya 100 peratus pasal segala macam hoax berkenaan 2012 ni tapi utk pengetahuan korang manusia yg hina sekalian, ada sesetengah perkara yg berlaku di muka bumi ini berlaku berdasarkan sepenuhnya atas kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Seperi contohnya hari Kiamat, Allah dh kata yg moment tue hanya diketahui olehnya sahaja. Nabi Muhammad yg digelar kekasih Allah pown tak tahu inikan kita manusia yg setiap saat melakukan maksiat terhadap Allah. So, jgnlah nk ramal pasal perkara ni ok. Buat masa sekarang perkara yg terbaik buat kita semua ialah terus beribadat dn bertaubat sebelum tibanya hari yang dijanjikan tue. Kalau tk nk pikir sgt pasal hari kiamat pon cuba pikir pasal mati. Biarlah org kafir tue nk ramal benda alah kiamat tue. Diorang tue, agama pon tkda inikan pula nk ramal hari kiamat. Cuba korang renung sekejap, apa kelebihan diorang sehingga Tuhan bagi kat diorang kebolehan utk meramal hari kiamat. Daripada bg kat diorang, aku rasa nabi Muhammad penghulu kita yang layak utk diberi tahu pasal tarikh hari kiamat ni. Ya,tak???Ok,lah dh tiba tahun baru ni aku rasa setiap orang mesti ada azam yang tersendiri. Ada orang berazam nk kahwin, nk dapat sebanyak mungkin A + dalam SPM,nk jadi orang yang baik dm mcm2 lagi.Aku pon tidak terkecuali utk memiliki azam tahun baru.Inilah dia azam aku utk tahun ini:
  1. Utk menjadi lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.
  2. Solat dalam waktunya dan yg penting tkkan tinggal solat lagi especially Subuh.
  3. Dapat pointer 3.5 ke atas dalam setiap sem.
  4. Menjadi pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas aku sbg seorang mahasiswa.
  5. Memiliki seorang gadis sebagai pasangan couple. Pompuan tue mestilah cun.
  6. Utk membuat penampilan berjambang dn berjanggut.
  7. Utk mencapai semua azam di atas at least nombor 1,2,3 dan 4.
Aku rasa itu sahaja perkara yang aku nk kongsi utk pagi Jumaat ni. Tulis panjang2 pon kalau merapu tk tentu pasal tk guna jgk. Akhir kata dari aku, let rock 2012!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment