13th of May 1992......... I still remember during that time. Yeah, the first time i see this world, first time i started to use the nikmat that Allah has given to me, and absolutely the first time i see my mother. The person that sacrifice enough just to ensure the existence of me in this world. There are several times before this, i asked my mother about the moment when i come to this world. Ibu hanya memberitahu yang keperitan dan kesakitan yang ditanggung olehnya seolah-olah tidak langsung dirasai ketika melahirkan aku. Dia cuma kata, tup tup aku dh selamat dilahirkan. Bnyk2 anak dia, dia mmg kata akulah yang paling senang utk dilahirkan. Banyak lagi peristiwa2 yang diceritakan oleh ibu ketika hari-hari dia mengandungkan aku. Antaranya, segala permintaan dn kalau istilah orang mengandungnya mengidam mesti dapat dipenuhi dengan cara yang boleh dikatakan pelik. Seperti contohnya, ibu pernah cerita yang dia mengidam sangat nk makan labu. Tp, masa tue mmg tkda buah labu. Aku tk tahu kenapa, tp labu mmg tkda kt sekitar trmpat tinggal diorang pd masa tue. Kedai yang berdekatan mmg tkda jual benda alah tue. Tp, ayah aku ketika itu sanggup gamble jgk gi tgk kat kedai yg berdekatan walaupon mmg dh dpt tahu kedai tue pd sebelumnya mmg tkda nmpak sebiji buah labu pon. Tp Allah itu Maha Kaya, dengan tidak disangka-sangka kedai yang beberapa saat sbelum itu mmg tk menjual buah labu, tiba2 menjual buah labu. Banyak plk tue....Kik3. Semasa aku masih bayi, mak aku jgk pernah bgtaw setiap malam aku mesti terjaga dn memandang langit. Sebab itu, pada mulanya ibu aku nk namakan aku ni Abid, yg bermakna orang yang berjaga dn menghidupkan malam dengan beribadah kepada Allah. Semasa aku bayi, orang2 cina amat suka pada aku. Dikatanya, aku ini bakal membawa rezeki dn bakal menjadi org yg bijak. Tp itu org kata, dn kebetulannya sebaik sahaja aku dilahirkan ayah aku telah dinaikkan pangkat sbg pembantu kesihatan awam, pekerjaannya pada masa kini. Begitulah, serba sedikit tentang sejarah kelahiran aku di muka bumi Allah ini. Bukannya nk kata aku ni hebat tp mungkin itu semua adalah rahmat Allah yg diberikan kpd keluargaku. Anyway, aku mmg sayang kat ibu yang melahirkan aku ke dunia ini dn ayah yg sentiasa mendodoikan aku ketika waktu kecilku dulu. Aku mmg admit, aku tk pernah bgtaw secara jelas dn bersemuka utk bgtaw yg aku sayang diorang. Ego ni tinggi lagi, tp ketahuilah wahai ibu bapaku, anakmu ini tidak pernah lupa utk mengingatimu baik dlm hati dn juga doaku. Semoga mereka dikurniakan Allah ganjaran syurga di Akhirat kelak. Amin.
Enough with the history. Sekarang aku sudah officially mencapai angka 2 pada permulaan umurku.(Kalau ikut kalendar hijrah aku tk tahu lah). Ini bermakna aku sudah 20 tahun hidup. Kematian semakin menghampiri aku dari sehari ke sehari.Walaupon, umur sudah 20 tahun tp aku tk yakin aku sudah menyumbang sepenuhnya 20 tahun hidup ini kepada agama Islam dn perkara yg berkaitan dengannya. Budak yg berumur 10 tahun kat Palestin pown aku rasa lebih banyak sumbangannya kpd agama Allah ini. Walaupon mereka baru berumur 10 tahun atau 17 tahun tp ada dlm klgn mereka yg sudah menjadi mujahidin dn subhanallah ada yg mati syahid. Aku ingin menjadi spt diorang. Aku nk nnti di depan Allah aku boleh bgtaw, umur aku dihabiskan dengan berjihad di jalan Allah, umur aku dihabiskan dgn menuntut ilmu, umur aku dihabiskan dengan menangis di malam hari kerana takutkan Allah, dn umur aku dihabiskan dengan melakukan kebaikan kpd umat manusia. Bila dh menginjak 20-an ni, aku mula terfikir tentang matlamat dn visi aku utk masa hadapan. Bila aku nk mula kerja, kahwin(kik3), dan lain-lain lagi. 20 tahun aku hidup banyak yg telah berlaku di sekeliling aku. Perang, mogok, demonstrasi, kegembiraan dn kesedihan berlegar-legar di paksi tempoh ini. Ya, dunia semakin hampir ke penghujungnya. Aku ini merupakan antara manusia yg dikatakan sebagai Rasulullah sebagai umat akhir zaman. Pada masa ini, dugaan dn cabaran smakin menjadi-jadi. Yang lemah pasti akan tertewas dn tersesat. Setakat ini, aku hanya harapkan yg iman aku dpt dikuatkan oleh Allah dlm mengahrungi saki-baki zaman ini. Aku mmg tk dpt menjalani hidup ini tanpa kekuatan drpd Allah. Aku mmg sangat lemah. Aku dapat rasakannya saat ini. Masa ini, aku dpt rasakan sesetengah org sudah mula meragui kewujudan Imam Mahdi yang dijanjikan. Seorang pemimpin yang dikatakan oleh nabi mampu meruntuhkan segala ketidakadilan dn kezaliman yg berada di dunia kini. Aku masih menunggunya. Bagi aku, dia pasti dtang. Cuma masanya bila, hanya Allah yg tahu. Mungkin esok, mungkin juga 10 tahun lagi. Ya Allah......Kepada imam Mahdi, di mana kau sekarang? Apa yg sedang kau lakukan saat ini? Semoga Allah mempercepatkan ketibaan kau dlm kalangan kami, dn demi Allah yang menjadikan aku dengan bersaksikan langit dn kegelapan malam ini, aku akan menjadi penolongmu yang setia. Semoga Allah dpt mempertemukan kita..Amin.
Oklah, berbalik kpd hari jadi aku yg ke -20 ini. Aku masih ingat waktu asasi dulu, aku menginginkan sgt dpt menyambut hari jadi aku bersama rakan-rakanku di universiti. Hal ini kerana, aku tk pernah dpt meraikan hari kelahiranku bersama rakan-rakanku yang lain. Kalau waktu sekolah dulu, asal hari jadi aku jew, masa tue lah sekolah aku nk wat exam. Dh la mid-term exam. Utk pengetahuan korang, sekolah Maahad aku, basically cuma ada dua shj peperiksaan setahun. Mid-term exam, dn peperiksaan sebenar. Jd, mid-term ni mmg sangat penting bg kitorang utk mngethui siapakah yang paling hebat dlm kalangan kami. Kik3. So, bila dh exam tue, masing2 ibarat enau dlm belukar lah. Masing2 buat hal sendiri. Tkda masa nk wat surprise party, kalau dpt wish drpd kawan itu dh dikira baik. Kdg2 aku terfikir gak, napa la aku lahir time tarikh ni. Tk best langsung. Masa sekolah dulu, hanya keluarga shj yg sambut besday aku.Ayah la yg belikan kek hari jadi aku. Ibu dn adik2 la yg wish kt aku. Family is everything for me. Masuk jew asasi, lagilah tk dpt sambut. Aku masuk asasi pon , lpas beberapa hari hari jadi aku di sambut. Keluar asasi pon, pada bulan 4 so mmg tkda can la nk sambut ngan friend. Lps tue, aku mintak sgt dgn Allah agar dpt sambut birthday ngan kawan2. Dn Alhamdulillah, doa aku dikabulkan sejak sekian lama., dn tahunnya ialah 2012. Satu jew, yg aku mahu rumuskan, it is SUCK. Di UUM, aku boleh dikatakn mmg telah terpisah dgn geng2 aku. Kt sini, aku ibarat forever alone. No friends, no girlfriend.Oppps.....Hari jadi aku di UUM, yg aku dpt ialah wish kt facebook. No present, no cake. Sob3. Yg aku sedihnya, pada 12 May salah seorang dripd kawan aku juga menyambut hari jadinya. Kawan2 aku yg lain (kawan kew, ok. Its basically, his geng but my friends in my course) telah buat satu surprise party kt dia. Happy sgt nmpk diorang. Awek dia siap bg hadiah lagi. Tup tup, hari jadi aku tkda sorang yg sambut. Tkda sorang pon yg bagi hadiah, or at least a birthday cake for this birthday man. No awek utk bg hadiah kt aku. Sob3. Aku sedih sgt, tp aku sorokkan kesedihan aku dgn senyuman manis aku ini. Kalau aku kt rumah, walau pon ayah tkda langsung duit tp dia still jgk berusaha utk belikan sebiji kek utk aku. Hari tue, kita satu family akan makan sedap2 sempena menyambut hari jadi aku.
Hari jadi aku yg ke-20 ni, aku mintak sgt kt Allah agar kabulkan aku satu hadiah. Hadiah yg aku nk ialah melihat wajah Rasulullah dlm mimpiku. Seperti yang kita ketahui, mmg mimpi itu dikatakan permainan tidur dn mainan syaitan tp syaitan tkkan dpt menyerupai wajah Nabi Muhammad. Wajahnya terlalu mulia seinggakan syaitan terkutuk tidak berani utk menyerupainya. Andai aku dpt bertemunya pada saat tidurku, aku mahu menangis dn berpeluk dgnnya. Aku mahu mengadu atas segala yg berlaku pada diriku atas muka bumi ini. Aku nk luahkan segala-galanya pada baginda. Aku nk cium dia, dakap dia, pegang tangannya yang mulia dn berbicara dengannya. Sesungguhnya aku berasa sangat rindu pd baginda. Di dunia ini aku alone tanpa kawan2. Ya Rasulullah, umatmu ini sangat merinduimu. Umatmu ini sesat tanpa sebarang petunjuk. Umatmu ini kseorangan tnpa teman. Temanilah aku, dakaplah aku, tunjuki aku satu pedoman utk aku ikuti.

No comments:
Post a Comment