
Aku masih ingat kali pertama aku melihatnya di kelas pada pagi Khamis itu. Pada ketika itu, first reaction aku ialah, "Eh, lawa gak budak pompuan ni". Pada masa itu, aku hanya anggap ia sebagai perasaan biasa yang seringkali datang kepada manusia especially lelaki apabila melihat kaum hawa yang indah.Selepas itu, segala-galanya berjalan seperti biasa. Mmg aku akui, di sini aku lebih memilih utk hidup secara bersendirian. Tnpa kawan yg betol2 aku luahkan segala isi hati, tnpa crush dgn mana2 pompuan yg aku jumpa wlau secantik mana pon pompuan itu. Hasilnya, pada semester satu boleh dikatakan result aku gempak la jgk. Pada masa tue, aku hanya fikir, no girl, my eyes will burst a tearful joy. Segala-galanya berjalan dengan lancar, sehinggalah secara tiba2 aku merasa begitu kesunyian sekali. Puas aku sibukkan diri dgn aktiviti lepak bersama geng2 yg sekepala dgn aku, assignment, dn merapatkan diri dgn Allah tp still hati ini masih lagi terasa sunyi.
Mungkin perasaan ini lahir selepas drpd melihat ramai kawan2 yg se'course' ngan aku sudah pon berteman. Yg tinggal pown, hanyalah sekelompok golongan loser dn beberapa sebab yg tk patut rasanya aku luahkan di sini. Pada mulanya, aku hanya menjawab segala tohmahan itu dengan alasan yg couple itu haram di sisi Islam. Islam tidak menghalalkan perkara yg diharamkan walau dengan sbb ia sudah menjadi tabiat dan adat kebiasaan bg sesuatu kaum. Bagi Islam, haram tetap haram. Dalam Al-Quran pun, Allah telah menegaskan "Janganlah kamu menghampiri zina". Ayat Allah itu sudah mencakupi segala permasalahan dn kekeliruan anak muda pada masa kini. Di dalam ayat tersebut, Allah telah menggunakan perkataan menghampiri yg bermaksud segala perkara yang dapat menjerumuskan kepada zina adalah dilarang sama sekali. Tp kebanyakan, anak muda tk kira umur dan bangsa lebih suka menggunakan hujah sesetengah ustaz yang menghalalkan perlakuan 'couple' ini berbanding nas Al-Quran yg sudah terbukti qat'i dn muktamad. Alamak, aku ni dh masuk bab tazkirah plk. Okay, berbalik kpd permasalahan aku td. Ramai golongan yg ber'couple' itu td terdiri drpd golongan lepasan sekolah agama di seluruh Malaysia atau sekurang-kurangnya mempunyai latar belakang agama yg cukup baik jgk la kowt. Ini amat memeranjatkan aku dn boleh di'assume' aku merupakan antara insan yg terakhir yg masih belum terjerat dgn perangkap paling berbahaya pada masa kini dlm kalangan budak course aku. Mmglah, pada awalnya aku sering menyematkan dlm hati pesanan ibu aku yg berbunyi "kalau semua org masuk neraka, ko pon nk masuk neraka jgk kew."
Aku akui semester 2 lebih besar cabarannya. Baik dri segi pelajaran, perhubungan dn yg paling diutamakan pada entry kali ini ialah hati. Ya, hati aku banyak menerima cabaran dn dugaan kala ini. Di saat aku menaip entry ini pon, minda aku masih terbayangkan wajah crush yg aku mimpikan setiap hari ini. Cuma pengalaman banyak membantu aku. Kali ini, crush aku bukanlah dri course yg sama dgn aku, malah tiada sesiapa yg tahu siapa sebenarnya insan itu.( Ok, aku tipu pada statement yg akhir tue. Tp at least hanya 2 org shj yg tahu) Pengalaman time waktu asasi jgk, bnyk menolong aku menghadapi situasi ini. Dn yg paling penting, aku masih lagi mempunyai perasaan pada crush aku yg terakhir ketika asasi dulu. Walaupun aku tahu, di sudah melupakan kata2 itu, dn sudah mampu mempunyai seseorang di hati lebih cepat drpd aku. Mmg sudah menjadi prinsip aku, janji ialah kualiti yg perlu ada dlm setiap hati manusia. Ia perlu diingati dn ditepati. Itulah janji. Tp ketika aku menelefonnya pada malam itu, dia menasihatkan aku supaya move on dn lupakan dirinya. Sebenarnya, aku pon sudah menjangkakan perhubungan kami tidak akan berpanjangan walau pon aku sering menganggapnya begitu. Mungkin sahabat adalah definisi terbaik bg perhubungan kami ini. Kepada si dia( andai dia membaca tulisan aku ini), kamu mungkin bukan kekasih hati yg aku idamkan selama ini, tp kamu ttp sahabat terbaik dn paling sporting yg pernah aku temui. Thanks byk2.
Kini, aku menghadapi dilema yg sgt besar. Aku amat meminati gadis ini. Dia merupakan classmate aku dlm klas akaun. Dia tu sweet, comel, dn yg paling penting dia ni merupakan seorang yang pendiam. I like this kind of girl. Bukan cm sesetengah, budak law aku yg mulut tue nasib baik ada satu kalau tk aku rasa baik aku dgr lalat taik punya bunyi drpd bunyi suara diorang tue. Mmg annoying la kalau pompuan cakap bnyk, pastu aku tk taw apa point yg dia cuba sampaikan, plus suara tue mmg tk sedap langsung cm mak cik jual kuih kat pasar siti khadijah dn yg paling penting muka tue mmg tk lawa lgsg. Aku tk taw apa nk jd kat pompuan yg tk lawa ni, kenapa perlu bagi mereka untuk mengexposekan diri mereka dlm khalayak ramai dgn membuat bising di dalam kelas. Aku rasa better korang cermin diri, dn perbanyakkan berzikir kew, selawat kew drpd korang bising tk tentu hala. Contoh terbaik tgk aku ni. Aku sedar muka aku tk hensem, suara aku tk sedap dn aku mengambil pendekatan dgn menjadi seorang yg senyap. Tp senyap aku bukan senyap bodoh, kalau lecturer tanya aku boleh jawab. Mulut org yg bijak tue ada di hatinya, tetapi mulut org yang bodoh berada di mulutnya.
Crush aku ini juga seorang yg menjaga pergaulannya( berdasarkan pemerhatian aku jew la). Kerana kebaikan, kecomelan, kecantikan dia lah menjadi masalah aku sekarang. Aku ni mmg aku tk taw kenapa, tp aku mesti tk boleh berkata-kata bila berhadapan dgn perempuan yg cantik. Mulut aku ibarat dikunci, hati dn jantung seolah-olah tiada fungsinya lagi dn kepala aku mesti pening rasa cm nk pitam. Aku rasa ini sumpahan mak bapak aku kowt sbb diorang mmg tk suka langsung aku kawan ngan pompuan. Adik aku boleh plk dia bagi. Kadang-kadang aku rasa, kalau gay itu dibenarkan dlm Islam( mmg tkkan terjadi punya), aku ni mesti disuruhnya kawin ngan budak2 sekolah Maahad aku dulu. Dn sbb itulah aku rasa, sampai sekarang aku masih tkleh ckp ngan pompuan. Eeee, geramnya!!!Berbalik kpd crush aku td, sudah bnyk kali aku cuba utk bercakap dgn dia tp endingnya ttp sama iaitu FAILED!!!!Banyak kali aku dapati dia guna jalan, yg aku sorang jew yg lalu. Tp nk wat cmner scumbag mulut ni masa tue lah dia nk malfunction. Tp aku masih ingat lagi kali pertama dia senyum kat aku time aku tgh tunggu bas kt COLGIS tue. Pergh, time tue aku rasa cm dunia ni aku yg punya. Perut yg lapar, ditambahi pula dgn poket yang kosng sudah tiada maknanya lagi. Begitulah kekuatan cinta ni. Begitulah sehingga skrg, aku hanya mampu tersenyum shj ketika bertemu dgnnya. Dh itu shj yg aku mmpu.
Hari ini, aku cuba memberanikan diri ini utk memberitahu niat aku utk berkenalan dgnnya. After aku selesai menjalankan hak dn kebenaran aku di library, aku terus menuju ke COLGIS. Hal ini kerana,aku pernah terserempak dgnnya ketika mahu ke klas contract pada hari2 sebelumnya. Pada pukul 3 aku sudah bersedia dgn segala perkara yg aku mahu ucapkan ketika bertemu dia nnti. Masa tue, baju aku mmg tgh basah dgn peluh dh. Kepala pon pening tp demi cinta aku gagahkan jua. Pukul 3.20 aku sudah pon menunggu di foyer COLGIS. Lama aku tunggu, tp still dia tk keluar dri kelas lg. Setelah, semangat kian luntur tiba2 aku terpandang dia.Masa tue, punyalah berdebar hati aku tuhan jew yg tahu. Aku terus berlari dn ingin menghampirinya tp mmg celaka betul la lidah ni. Masa tue aku ibarat seorang yg bisu. Aku ekori dia dari belakang, sampai la ky tempat tunggu bas. Masa tue, aku rasa org lain mesti pikir aku ni psycho atau perogol bersiri yg mengekori mangsanya. Damn!!Dhla, td aku mmg tk bawak beg langsung. Masa aku tgh nk cuba cakap dia, tiba2 plk bas nk gi ke kolej aku berpusu-pusu dtg. Selalunya, nk dpt satu bas pon dh kira lucky day lah. Tp, demi misi aku sanggup tinggal bas dn menuju ke arah dia. Tup tup, semua tk dpt. Bas aku tk dpt, si dia pon ntah ke mana. Masa tue, aku lah lelaki yang paling loser atas muka bumi ni. Org depan mata, still tk boleh nk cakap.
Dn kini, aku berada di dlm bilik memikirkan segala percubaan yg pernah aku lakukan utk bercakap dgnnnya. Semuanya berakhir dgn aku berjalan menuju ke kiri, dn dia ke kanan. Sekarang, aku begitu sedih sekali mengenangkan nasib dn takdir diri ini. Aku pernah menangis kerana berasa terlalu kesunyian dn tiada sesiapa yg sanggup mendengar masalah aku. Mak bapak aku pon skrg sdg bergelut dgn masalah diorang, kawan2 kt UUM ni aku belum boleh consider diorang boleh mendengar masalah aku, kawan kt UiTM diorang sibuk ngan study, kawan kt Maahad boleh dikatakan lose contact dh sorang demi sorang. Aku tiada tempat mengadu, hanya Allah tempat aku mengadu. Dn,kini masalah aku belum selesai. Final dh makin dekat, assignment bnyk lg belom diselesaikan. Sehingga kini, Allah masih belum menjawab segala aduan dn persoalan yg aku lontarkan. Tp aku tahu dia mendengarnya dn menunggu saat yg paling sesuai utk menjawab doa2 aku itu. Yg paling aku takut, segala doa aku berkenaan ngan cinta sesama manusia mesti dijawab dgn satu jawapan yg merobekkan hati aku yg lemah ini. Ya, kekecewaan yg sering aku dapat sebagai jawapan. Aku juga manusia,hati ini juga memiliki perasaan cinta tp kenapa ia perlu berakhir begini. Happy ending tidak pernah wujud dlm realiti, kemanisan cinta yg diuar-uarkan oleh sebilangan pihak adalah omongan kosong yg buta lagi menipu. Oleh sbb itu, aku perasan sedikit demi sedikit aku menjadi seorang lelaki yang membenci cinta. Semua perempuan adalah sama shj mengejar kesempurnaan pada seorang lelaki sedangkan diri mereka masih lagi dihiasi dgn kecacatan. Tp org selalu jgk menyebut pasangan itu saling melengkapi antara satu sama lain. Hurm, benda ni aku tk yakin lagi 100 peratus.
Kepada crush di hati aku ini......Walaupun aku tahu dia tkkan tahu pon pasal kewujudan blog ni. Kewujudan aku pon hurm, ntah la :p. Kata orang pasangan couple yg paling sweet ialah masing2 tidak tahu bahawa mereka saling mencintai, tetapi setiap hari mereka doakan antara satu sama lain. Oleh itu, walaupon aku ini mungkin kala ini dianggap sebagai cinta bertepuk sebelah tangan sbb yalah dh mmg itu tkdir aku. Tp aku selalu doa, andai awak adalah orang yang diciptakan untuk saya saya harap Allah sentiasa merahmati diri awak. Biarlah, Allah simpan diri awak hanya untuk saya jew. Tetapi. jika sebaliknya saya memohon sangat biarlah Allah gantikan diri awak dengan bidadariNya di syurga kelak. Utk pengetahuan awak, setiap hari lepas kelas, saya akan sentiasa memandang awak dengan penuh perasaan kasih sayang sehinggalah awak hilang dari pandangan mata saya ini. Lepas itu, barulah saya akan pulang. Setiap hari saya buat gitu, tanpa rasa jemu kerana memandang awak merupakan hiburan yg tiada tolok bandingnya bagi saya kala ini. Awak tahu saya masih ingat lagi setiap detik di mana senyuman yg indah terlahir di bibir awak itu. Comel sangat. Saya tk boleh nk puji benda ni depan org ramai, takut timbul fitnah. Maruah awak dan saya perlu dipelihara. Akhir sekali, saya mmg teringin sangat berbicara dengan awak.Mendengar suara awak, berbicara pasal kisah hidup awak dan saya. Awak boleh kongsi setiap masalah dan kegembiraan dengan saya. Saya sedia menjadi teman yg setia mendengar segala permasalahan dn detik manis awak kerana bg saya hati awak merupakan hati saya juga. Akhir kata utk malam ini, saya mintak maaf bnyk2 sbb tk mampu nk luahkan semua ni kat awak. Buat masa ini, perkara yg terbaik buat hati saya ialah untuk cuba utk berlakon seolah-olah saya tidak mempunyai apa2 perasaan kpd awak.Mungkin itulah yg terbaik buat hati ini. Ia sering dilukai, tp tidak pernah ada yg mengubati. Biarlah ia kosong tnpa sebarng suri yang mendiami bimbang sang suri hanya bertakhta buat seketika dn meninggalkannya tanpa sebarang kata. Tapi ketahuilah, andai umur kita masih panjang, kesempatan pon andai diberi oleh Allah suatu hari nanti awak pasti akan ketahui juga segala isi hati saya kala ini. Selamat malam, Nur. Semoga cahaya kemuliaanmu akan menyinari diri ku. Itu harapanku, dn semoga ia juga takdirku.....
No comments:
Post a Comment